• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Cemas Kes Pertama Zika Mula Dikesan

oleh
14/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Selepas dikesan di Indonesia dan Thailand, akhirnya Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) melaporkan kes pertama jangkitan Zika yang diimport ke Singapura pada 13 Mei.

Dalam satu kenyataan secara bersama, MOH dan NEA menyatakan: “Pesakit seorang lelaki yang merupakan ‘Penduduk Tetap Singapura’ pernah membuat perjalanan ke Sao Paulo, Brazil dari 27 Mac sehingga 7 Mei lalu.

“Pesakit tersebut mengalami demam dan ruam sejak 10 Mei, dan mangsa kemudian dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth Novena pada 12 Mei, sebelum dia segera diasingkan daripada kumpulan pesakit yang lain.

“Pesakit diuji positif dan disahkan dijangkiti virus Zika pada 13 Mei. Dia dipindahkan ke Pusat Penyakit Berjangkit di Hospital Tan Tock Seng untuk dirawat dan diasingkan bagi mengurangkan risiko digigit nyamuk.

“Ini mengelak jangkitannya menular dalam kalangan masyarakat. Pesakit kini dalam keadaan baik dan beransur pulih. Dia hanya akan dibenarkan keluar dari hospital setelah diuji negatif virus Zika,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu malah menambah bahawa pihak MOH sedang menjalankan pemeriksaan terhadap anggota keluarga pesakit. Namun menurutnya, kediaman pesakit di Watten Estate bukan kelompok jangkitan nyamuk yang aktif.

Menurut kenyataan tersebut lagi, pihak NEA sudah meningkatkan operasi kawalan vektor untuk mengawal jumlah nyamuk Aedes di kawasan elit berkenaan yang tidak jauh dari pusat bandar raya di selatan Singapura.

MOH dan NEA juga akan secara giat memaklumkan kepada para penduduk di kawasan tersebut supaya segera berjumpa doktor di mana-mana klinik berhampiran sekiranya mereka mengalami demam atau ruam.

watten

Bagaimanapun, MOH dan NEA menyatakan: “Kami menasihati penduduk Watten Estate, Hillcrest Arcadia, The Arcadia dan Kondominium Watten Hill supaya memantau keadaan kesihatan mereka dan ahli keluarga.”

Sementara itu, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli menulis menerusi laman Facebooknya: “Kita perlu bekerjasama sebagai satu masyarakat untuk mengurangkan risiko Zika menular di Singapura.

“Kita perlu serta merta mengambil langkah-langkah untuk mengelak pembiakan nyamuk dalam rumah kita menerusi 5 Langkah Menghapuskan Nyamuk setiap dua hari yang disarankan oleh pihak berkuasa.

“Kita juga perlu sentiasa mengambil langkah awal melindungi diri kita daripada gigitan nyamuk dengan menggunakan bahan penghalau serangga secara kerap.

“Pesakit sedang dalam keadaan baik dan beransur pulih, dan akan dibenarkan keluar dari hospital sebaik sahaja diuji negatif bagi virus Zika. Saya mendoakan beliau cepat sembuh.”

Pada Januari lalu, Menteri Kesihatan, Gan Kim Yong memberi amaran bahawa mungkin “mencabar” untuk mengelak virus Zika daripada merebak dan akhirnya menular di Singapura.

Pada 26 Januari, Zika disertakan dalam senarai rasmi ‘Penyakit Berjangkit Perlu Dimaklumkan’ oleh semua pihak hospital tempatan di bawah Akta Penyakit Berjangkit di Singapura.

MOH juga menyatakan pada awal Februari lalu bahawa ia akan menubuhkan Kumpulan Penasihat Klinikal mengenai virus Zika untuk menyediakan nasihat pakar tentang cara menguruskan wanita hamil yang dijangkiti Zika.

Ini setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1 Februari lalu mengisytiharkan mikrosefali – yang dikaitkan dengan virus Zika jika mangsa hamil – merupakan Darurat Kesihatan Awam yang menjadi Keprihatinan Awam.

Sebelum pengisytiharan WHO itu, MOH dan NEA sudahpun mempertingkatkan langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko Zika berakar di Singapura, termasuk mengirimkan surat-surat pekeliling kepada doktor.

Stesen tempatan, Channel NewsAsia melaporkan, MOH dan NEA turut mengedarkan makluman kesihatan kepada orang ramai yang melakukan perjalanan menuju dan dari negara-negara yang terjejas dengan Zika.

Pada 29 Februari lalu, Menteri Negara Kanan Kesihatan, Amy Khor memberitahu Parlimen bahawa MOH dan NEA akan memperkenalkan lebih banyak langkah untuk membasmi Zika.

Malah MOH memperluaskan keupayaan menguji virus Zika kepada lebih banyak makmal hospital awam manakala NEA pula meningkatkan langkah menguji sampel darah pesakit yang demam, ruam dan disyaki dijangkiti denggi.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: NyamukSingapuraZika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd