• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di London Untuk Lawatan Kerja

oleh Ahmad Albab
14/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tiba di London malam ini bagi lawatan kerja ke United Kingdom untuk menghadiri program termasuk mesyuarat tahunan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) dan Malaysia-UK Investor Showcase.

Semasa tiba di Lapangan Terbang Farnborough, Hampshire kira-kira pukul 8.15 malam waktu tempatan, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut antara lain oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK Datuk Ahmad Rasidi Hazizi dan isteri.

Rombongan perdana menteri kemudiannya ke Shangri-la Hotel, The Shard, tempat penginapan dan disambut oleh delegasi Malaysia yang lain serta para pegawai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini.

Najib berada di London untuk menghadiri beberapa program utama sebelum berlepas ke Sochi, Rusia bagi Sidang Kemuncak Peringatan Rusia-ASEAN.

Selain Investor Showcase dan mesyuarat GSIAC yang dijadualkan, masing-masing pada 16 Mei dan 17 Mei, perdana menteri juga akan merasmikan majlis menandakan pembinaan akhir Legacy 1 di Embassy Gardens pada Isnin, projek oleh pemaju hartanah Malaysia, Eco World International.

Beliau juga akan melancarkan pejabat serantau Khazanah Europe Investment Ltd (KEIL) di The Shard pada hari berikutnya.

Najib dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Komanwel yang baru Patricia Scotland pada 16 Mei sebelum bermulanya Investor Showcase. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd