• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Kenal Pasti Calon Bertanding PRK Kuala Kangsar

oleh Ahmad Albab
14/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) perlu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kerana kerusi itu sememangnya milik parti berkenaan untuk ditandingi oleh parti daripada Pakatan Harapan.

Pemangku Ketua Pemuda PAN Perak, Mohd. Fitri Asmuni berkata, kerusi tersebut sememangnya status quo milik PAN kerana PAN menggantikan posisi PAS dalam Pakatan Harapan setelah Pakatan Rakyat dibubarkan.

“Pemuda PAN Perak telah membuat persediaan sejak awal lagi untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kami telah mengenal pasti beberapa calon yang berpotensi untuk mewakili PAN dan ia akan dicadangkan kepada pimpinan PAN negeri dan nasional,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat Jumaat menetapkan tarikh untuk PRK P.67 Kuala Kangsar dan P.93 Sungai Besar bakal dijalankan secara serentak bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah pada sidang media di ibu pejabat SPR mengumumkan tarikh penamaan calon ialah pada 5 Jun manakala jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan ialah pada 18 Jun.

Ia dijalankan susulan nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu yang mengorbankan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Mohd. Hashim berkata, kawasan Parlimen Kuala Kangsar di Perak mempunyai seramai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa iaitu 32,632 orang, pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).- Mynewshub.cc

Tags: PRK Kuala Kangsar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Tidak Mendokong Semangat Pakatan Harapan! – PAN

Next Post

Jururawat Perlu Jaga Aurat – Nik Abduh

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

PRK K.Kangsar: Peratusan Keluar Mengundi Tak Capai Sasaran

18/06/2016
0

KUALA KANGSAR - Pengundi luar kawasan yang tidak pulang mengundi dilihat punca peratusan pengundian tidak mencapai sasaran pada pilihan raya...

Next Post

Jururawat Perlu Jaga Aurat - Nik Abduh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd