• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Tubuh J/kuasa Pasaran Kewangan Tingkatkan Penglibatan Industri

oleh Ahmad Albab
13/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia menubuhkan Jawatankuasa Pasaran Kewangan dalam usaha membangunkan lagi pasaran kewangan negara, kata Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim.

“Matlamat utama jawatankuasa adalah meningkatkan penglibatan industri dan memberi tumpuan kepada menilai dan merangka strategi yang komprehensif bagi pasaran kewangan borong untuk memenuhi permintaan yang pelbagai dan kompleks ekonomi lebih maju dan bersepadu di peringkat antarabangsa,” kata gabenor baharu pada sidang media selepas mengumumkan prestasi ekonomi negara bagi suku pertama di sini hari ini.

Muhammad berkata jawatankuasa itu akan terdiri daripada peserta dan wakil bank pusat, institusi kewangan, syarikat, penyedia perkhidmatan kewangan dan institusi lain atau pihak berkepentingan, yang mempunyai peranan penting atau penyertaan dalam pasaran kewangan.

Jawatankuasa tersebut ditubuhkan untuk mengenal pasti dan menilai perkembangan dan isu-isu semasa dan berpotensi, trend berstruktur dan risiko yang memberi kesan kepada pasaran kewangan Malaysia; mencadangkan strategi yang sesuai dan pelan tindakan untuk membangunkan pasaran kewangan Malaysia dan; menggalakkan amalan terbaik pasaran dan menyumbang ke arah meningkatkan integriti dan profesionalisme.

Ia juga bertujuan menyediakan forum bagi peserta pasaran untuk mengadakan pertemuan secara berkala bagi membincangkan perkara dan isu-isu yang berpotensi dan risiko berkaitan dengan pembangunan pasaran kewangan Malaysia. – BERNAMA

Tags: BNMMuhammad Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd