• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Buka Syarikat Penerbangan Sendiri Jika Tak Mahu Cuci Pinggan Kotor”

oleh Ahmad Albab
14/05/2016
dalam Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran secara terbuka membidas jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman supaya tidak menggunakan syarikat penerbangannya sekadar untuk meraih populariti.

Ravi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air berkata demikian kerana tidak setuju dengan kata-kata pengasas produk Qu Puteh itu yang enggan menanggung beban hutang syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.

Malahan, kata beliau, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr. Vida seharusnya bersemuka dengannya sekiranya benar-benar serius untuk membeli saham syarikat penerbangan itu.

“Ia bukan hutang, tetapi kos operasi. Dalam perniagaan mempunyai kos untuk beroperasi.

“Vida boleh beli saham tetapi jangan kata yang bukan-bukan macam ‘tak mahu cuci pinggan kotor’ selagi belum berjumpa dengan saya. Kalau tak nak beli, boleh cakap baik-baik.

“Kalau Vida masih tak mahu, beliau boleh buka syarikat penerbangan beliau sendiri. Jangan guna syarikat penerbangan seperti Rayani Air untuk meraih populariti,” katanya kepada mStar Online.

Dilaporkan Vida sedang mengintai peluang untuk membeli saham Rayani Air, tetapi dipetik sebagai berkata ‘tidak mahu cuci pinggan kotor’ bagi merujuk keengganannya menanggung beban hutang syarikat penerbangan itu.

Menurut Vida, masalah hutang yang membelenggu Rayani Air perlu diselesaikan pihak pengurusannya terlebih dahulu sebelum melepaskan pegangan saham kepada pihak lain.

Ravi bagaimanapun berkata, peluang untuk Vida mengintai peluang membeli saham Rayani Air masih terbuka.

“Vida boleh ambil alih Rayani Air atau beli 51 peratus saham syarikat penerbangan ini.

“Tapi datang jumpa saya, berurusan dengan saya. Adakan pertemuan secara profesional,” katanya.

Tambah Ravi, beliau ada menghubungi Vida pada Rabu lalu bertanyakan sejauh mana kebenaran untuk membeli saham Rayani Air.

“Saya tanya Vida adakah beliau benar-benar berminat dengan Rayani Air. Beliau hanya balas kata ‘I hope to meet you soon’ (Saya berharap untuk berjumpa dengan anda tidak lama lagi),” katanya.

Portal itu sebelum ini melaporkan pemilik Rayani Air sedia melepaskan pegangan saham kepada pelabur baharu bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Pada 11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan. – mStar Online

Tags: Datuk Seri VidaRayani Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd