• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Curi Dengar Telefon TMJ Hanya Salah Faham

oleh Ahmad Albab
12/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata isu berhubung kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak senang dengan tindakan Cawangan Khas Bukit Aman memantau pergerakan dan ‘mencuri’ dengar perbualan telefon baginda hanyalah salah faham.

Beliau berkata pihaknya telah memberi penjelasan kepada Tunku Ismail berhubung perkara itu dalam pertemuan satu jam kira-kira pukul 10 pagi tadi di Istana Bukit Pelangi di Johor.

‘Saya Bukan Pengganas’ – TMJ Dedah Talian Telefon Dicuri Dengar

“Pagi tadi saya telah pergi menghadap baginda (Tunku Ismail) di Istana Bukit Pelangi, Johor dan sebenarnya ada sedikit salah faham … itu saja dan tiada apa-apa.

“Saya sudah menjelaskan perkara ini kepada baginda dan tidak ada apa-apa masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas kejohanan ragbi Piala Rujirawongse 2016 di padang Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Semarak di sini, hari ini.

Semalam, Facebook ‘Johor Southern Tigers’ memuat naik status berkaitan wawancara bersama Tunku Ismail. Dalam wawancara itu, Tunku Mahkota Johor tidak faham mengapa pergerakan baginda dipantau dan perbualan telefon dicuri dengar Cawangan Khas.

Turut hadir menyaksikan perlawanan persahabatan itu ialah Ketua Polis Thailand, Chaktip Chaijinda bersama-sama delegasinya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai mengenai empat rakyat Malaysia yang diculik di perairan berhampiran Pulau Ligitan, Semporna di Sabah pada 1 April lepas, Khalid berkata polis sedang giat melakukan segala usaha yang diperlukan bagi menjamin keselamatan kesemua mangsa yang terlibat dalam insiden itu.

“Polis akan memantau rapi perkembangan kes berkenaan bagi memastikan usaha membebaskan mereka berjaya dilakukan … apa yang pasti polis sedang melakukan yang terbaik untuk membawa mereka pulang ke negara ini dalam keadaan selamat,” katanya.

Pada 1 April lepas, dalam kejadian kira-kira 6.15 petang itu, empat rakyat Malaysia daripada 10 kru sebuah kapal tunda diculik oleh kumpulan bersenjata yang memintas kapal mereka Ketika dalam pelayaran pulang dari Filipina ke Malaysia.

Empat lelaki yang berasal dari Sibu, Sarawak itu ialah Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johny Lau Jung Hien, 21. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd