KANGAR – Hujan berpanjangan semalam meningkatkan sedikit paras air Empangan Timah Tasoh sebanyak 0.02 meter kepada 26.02 meter.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Abdul Najib Abdullah berkata perkembangan itu positif walaupun air masih di bawah paras kritikal 26.50 meter.
Katanya hujan dari pukul 4.30 petang semalam hingga 11.30 malam tadi di kawasan Padang Besar, Sungai Jarum dan Sungai Pelarit adalah sebanyak 55 milimeter (mm).
“Air di Empangan Timah Tasoh tinggal kira-kira 28.73 peratus,†kata Abdul Najib ketika dihubungi hari ini.
Pengarah Jabatan Meteorologi Perlis, Muhammad Khalil Ab Aziz pula berkata suhu semasa di Perlis sehingga 4 petang hari ini mencatatkan kenaikan iaitu 35.2 darjah Celsius berbanding 29.6 darjah Celsius semalam. – BERNAMA
