• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vida Luah Hasrat Beli Rayani, Staf Kata Jangan Hanya Cakap Je

oleh AK-47
11/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGASAS syarikat kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida menyatakan hasrat mahu membeli saham syarikat penerbangan patuh syariah pertama tempatan, Rayani Air Sdn. Bhd. (Rayani Air).

Memetik laporan sebuah akhbar, Vida dikatakan sedang menilai saham syarikat terbabit yang banyak terpalit dengan kontroversi hingga mendesak pihak pengurusan terpaksa ‘gulung tikar’ selepas hanya tiga bulan beroperasi.

“Menjadi satu kerugian besar jika mereka (Rayani Air) gulung tikar kerana operasi mereka melibatkan lima lokasi penting iaitu Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.

“Kita juga tahu ramai rakyat Kelantan bekerja di Lembah Klang. Bila Rayani Air ditutup, mereka sudah tidak ada pilihan untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan. Sekiranya kena dengan harga, apa salahnya saya keluar sedikit belanja untuk beli saham Rayani Air,” ujarnya lagi.

Susulan kenyataan Datuk Vida itu, seorang pekerja Rayani Air menzahirkan kata-kata berbunyi: “Vida jangan sekadar sembang saja.”

Kata-kata itu dikeluarkan ketika ditanya reaksinya mengenai hasrat Vida ingin membeli saham syarikat penerbangan itu.

“Isu Rayani Air ketika ini adalah sesuatu yang serius untuk ditangani. Ia bukan main-main, Vida perlu adakan perbincangan serius dengan Rayani Air sekiranya bercadang membeli saham Rayani Air, bukan mencari populariti,” katanya dipetik sebuah portal tempatan.

Sementara itu, Pengurus Stesen Rayani Air di KLIA2, Zulkalnain Azdan mempersoalkan sejauh mana kebenaran usahawan itu untuk membeli saham berkenaan, tanpa melihat dari segi prospek keuntungan dan populariti semata-mata.

Menurutnya, Vida seharusnya meneliti hasrat tersebut secara meluas, bukan sahaja potensi dalam industri penerbangan tetapi juga urusan berkaitan operasi dan kakitangan.

“Rayani Air ketika ini mengalami masalah dana. Vida perlu tahu keuntungan, kerugian, hutang dan aset Rayani Air.

“Ini termasuk tunggakan gaji 400 pekerja selama dua bulan berjumlah kira-kira RM3 juta. Sekarang ini dah nak hampir tiga bulan tertunggak,” katanya.

Kebajikan pekerja merupakan aspek penting bagi mana-mana pelabur yang mahu mengambil alih atau membeli sebahagian saham Rayani Air.

“Pekerja diperlukan untuk syarikat beroperasi semula dan nasib pekerja Rayani Air ketika ini ibarat ‘digantung tidak bertali’ tanpa gaji selama dua bulan.

“Jika Vida benar-benar ikhlas mahu beli saham Rayani Air, fikirkan juga ‘periuk nasi’ kami… dengan bulan puasa dan Hari Raya yang semakin hampir,” ujarnya lagi.

Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendran sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia bersedia melepaskan pegangan saham kepada pelabur baharu bagi menyelamatkan syarikat penerbangan tambang murah tersebut.

Rayani Air yang memulakan operasi sejak 20 Disember tahun lalu mengalami pelbagai masalah antaranya penerbangan terpaksa dibatalkan saat akhir selain kekurangan aset pesawat untuk menampung jumlah permintaan yang banyak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Rayani Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas CEO Rayani Air Peluk Islam

25/09/2019
0

PASIR MAS - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendran, 52, memeluk Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah di...

“Saya Sedia Jumpa PPIM” – Pemilik Rayani Air

17/08/2016
0

PEMILIK Rayani Air, Ravi Alagenddran sedia mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membincangkan mengenai usaha untuk menyelamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd