• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vivian Lee Letak Semua Kesalahan Terhadap Bekas Teman Lelakinya

oleh Ahmad Albab
11/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa bekas teman wanita kepada blogger, Alvin Tan, meletakkan semua kesalahan terhadap lelaki itu berhubung pertuduhan menyiarkan gambar mereka berserta kapsyen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)‘ di laman Facebook mereka.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata Lee dalam pembelaannya berkata Tan adalah orang yang menyiarkan gambar dan kapsyen itu tanpa pengetahuan dan kebenarannya (Lee).

“Tertuduh (Lee) memindahkan keseluruhan kesalahan yang ada kepada Alvin (Tan). Jika benar tertuduh marah dengan ‘posting’ yang dibuat oleh Tan tanpa kebenarannya, dia sepatutnya mengambil setiap peluang yang ada untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa dia tidak mempunyai kaitan dengan ‘posting’ tersebut,” katanya ketika berhujah di akhir kes pembelaan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.

Katanya keterangan tertuduh adalah tidak munasabah apabila dia menyatakan Tan adalah seorang yang suka mengongkongnya walhal peluang begitu banyak untuk menunjukkan ketidakbersalahannya.

Bagaimanapun beliau berkata pertuduhan masih diteruskan terhadap Vivian Lee atau Lee May Ling, 27, walaupun dengan ketiadaan Tan dari awal prosiding sehingga hari ini dengan menggunapakai Seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dibuat secara bersama.

Pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 23 Nov lepas, hanya Lee yang hadir manakala Tan atau Tan Jye Yee melarikan diri ke luar negara.

Peguam Chong Joo Tian yang mewakili Lee berhujah bahawa pengakuan tidak bersalah anak guamnya sudah memadai yang dia tidak melakukan kesalahan itu.

Mahkamah menetapkan 27 Mei ini untuk keputusan.

Mengikut pertuduhan, Lee dan bekas teman lelakinya itu, didakwa menyiarkan gambar mereka sedang menikmati hidangan dengan kapsyen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)‘ dan mengandungi logo halal di laman Facebook mereka.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 9 pagi, 12 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 14 April lepas, Hakim Abdul Rashid memerintah Lee membela diri terhadap pertuduhan itu. – BERNAMA

Tags: Alvin TanVivian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Soal Kepercayaan Tak Boleh Dipaksa’

02/07/2018
0

GARA-GARA kerap bawa watak lelaki Islam, pelakon yang semakin menyerlah menerusi drama Melayu, Alvin Chong pernah didesak segelintir peminat supaya...

Persenda Islam: Vivian Diperintah Bela Diri Tapi Alvin Tan…?

14/04/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen memerintahkan bekas teman wanita blogger kontroversi Alvin Tan, Vivian Lee membela diri terhadap pertuduhan mempersenda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd