• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Sokong Penuh Pimpinan Presiden Ahmad Bashah

oleh Ahmad Albab
11/05/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pihak menyebarkan maklumat palsu kononnya Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah meletakkan jawatan.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya berasa kesal dengan penyebaran maklumat palsu di media sosial tersebut.

“Saya selaku Setiausaha Kehormat KFA dengan ini menafikan sekeras-kerasnya khabar angin palsu ini yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab kerana tiada sebarang perbincangan mahupun pemakluman kepada Jawatankuasa Pengurusan KFA berkaitan isu tersebut.

“Pihak persatuan berdiri teguh di belakang kepimpinan Presiden KFA dan sentiasa menyokong penuh segala usaha yang dilakukan beliau untuk kemajuan serta meningkatkan lagi mutu sukan bola sepak di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Baru-baru ini tersebar maklumat kononnya Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah meletakkan jawatan sebagai Presiden KFA.

Maklumat palsu berbaur politik yang dipercayai disebarkan oleh penyokong Pakatan Harapan itu bertujuan memberi tekanan kepada Ahmad Bashah yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Ia ekoran daripada tindakan KFA menolak tajaan bernilai RM30 juta oleh syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd. (D’Herbs) milik selebriti Datuk Aliff Syukri kerana kedua-dua pihak gagal mencapai keputusan menang-menang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd