• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berat Badan Misha Bertambah 7Kg Sejak Hamil

oleh AK-47
10/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GADIS kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, Misha Omar kini sedang berbadan dua hasil perkahwinan dengan Firos Ezzwan Rossly, 34, pada Mei 2014.

Menurut Misha kepada sebuah portal akhbar, jika sebelum ini dia tidak kisah sekiranya tidak menjamah nasi namun kini sebaliknya, ia menjadi menu utama apabila berasa lapar selain menjadi punca tenaga sejak mengandung.

Berat Badan Misha Bertambah 7Kg Sejak Hamil
Misha Omar dan Firos Ezzwan Rossly.

“Alhamdulillah trimester pertama berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Malah, saya juga tidak mengidam sebarang makanan sepanjang tempoh kehamilan. Cuma saya mahukan nasi untuk setiap hidangan dan ia membuatkan berat badan semakin bertambah.”

Selain itu, penyanyi yang melonjak naik dengan lagu Bunga-bunga Cinta ini menjadikan buah-buahan untuk mengisi perut apabila berasa lapar. Tambah Misha lagi, beratnya kini bertambah tujuh kilogram sejak memasuki trimester kedua kehamilannya itu.

“Jika dulu saya tidak menitik beratkan pengambilan nasi, namun ia kini menjadi antara makanan ruji dan kemestian. Oleh kerana saya sering berasa lapar, saya mengambil inisiatif membawa bekal seperti buah-buahan untuk mengisi perut,” katanya.

Berat Badan Misha Bertambah 7Kg Sejak Hamil
Misha Omar

Jelas Misha lagi, walaupun kebanyakan lagu yang didendang olehnya bernada tinggi, namun dia menggunakan teknik pernafasan berbeza bagi menjaga kandungan dan mutu nyanyiannya.

Antara teknik yang digunakan ialah pernafasan menggunakan otot bahagian atas tubuh berbeza sebelum ini yang menggunakan pernafasan daripada perut.

“Jika dulu saya menyanyi menggunakan teknik pernafasan daripada perut, namun kini saya banyak menggunakan otot bahagian atas tubuh. Biarpun belum lagi menguasainya, namun secara perlahan-lahan saya mencuba untuk memahirkan diri.”

Misha adalah antara barisan artis yang membuat persembahan pada malam acara gemilang anjuran Berita Harian iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 29 pada Ahad lalu.

Walaupun berbadan dua dan masih bergelut dengan teknik nyanyian yang baru, tetapi persembahan Misha membawakan lagu Tiada Lagi Tangisan pada malam itu tidak menghampakan para peminatnya.

Antara yang teruja dengan persembahannya ialah bekas pengacara popular Farah Fauzana, “Masa ni nak tengok LIVE nak RECORD nak NYANYI sama nak tengok LIVE nak RECORD nak NYANYI sama nak simpan nak tengok balik nak NYANYI skali.. semualah.. video sampai tu je sebab yang lain semua belakang tudung adik depan hahahaha.

“I hate u @mishaomar hahahaha getaran di perut tu jangan notti time mummy nyanyi ok. Loved.

“Nota: takde nota sebab sibuk nyanyi balik lagu Tiada Lagi Tangisan hehehe,” tulis Fafau dalam salah satu posting di Instagramnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hamilMisha Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rogol Anak Hingga Hamil, Bapa Kena Penjara 25 Tahun Dan 10 Sebatan

Rogol Anak Hingga Hamil, Bapa Kena Penjara 25 Tahun Dan 10 Sebatan

23/12/2024
0

MUAR: Seorang lelaki warga Kemboja dihukum penjara 25 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana...

Wanita Hamil Didakwa Tipu Tawaran Pakej Haji, Umrah

Wanita Hamil Didakwa Tipu Tawaran Pakej Haji, Umrah

02/03/2023
0

Kuala Pilah : Wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dakwaan menipu pakej umrah dan haji. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd