• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Rasmi Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2016

oleh Ahmad Albab
10/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat merasmikan majlis sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini.

Turut berangkat ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Timbalannya, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim juga menghadiri majlis itu.

Sejurus tiba kira-kira 9 pagi, Sultan Ibrahim menerima tabik hormat dan menyaksikan perarakan perbarisan oleh 22 kontinjen disertai seramai 1,620 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pelajar sekolah serta 62 unit kenderaan jabatan berkenaan.

Pada sambutan itu yang bertema ‘Bomba Tonggak Penyelamatan Negara’, baginda turut berkenan merasmikan pameran jentera dan peralatan JBPM, yang antara lain mempamerkan buat julung kalinya lapan jentera bomba antik milik baginda.

Sementara itu, dalam ucapannya Abdul Rahman berkata Hari Anggota Bomba adalah khusus tanda penghormatan kerajaan dan masyarakat terhadap dedikasi serta komitmen anggota bomba yang banyak berjasa tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau berkata jika dahulu peranan anggota bomba menjurus kepada menangani panggilan kebakaran sahaja, namun, tugas itu kini lebih kompleks apabila turut menangani mangsa kemalangan jalan raya, runtuhan bangunan dan tanah, kebocoran dan tumpahan bahan kimia berbahaya serta menangani insiden letupan gas dan tsunami.

“Pada 2015 sahaja, sebanyak 39,101 panggilan melibatkan kes penyelamatan dan khidmat kemanusiaan diterima JBPM yang membabitkan khidmat seperti menangkap ular atau haiwan berbahaya, operasi memusnahkan serangga, kes bunuh diri, ancaman pengganas, rusuhan, potong cincin, pokok tumbang dan pelbagai kes lain yang tidak melibatkan kebakaran,” katanya.

Beliau juga meminta masyarakat supaya bergerak seiring dengan JBPM bagi memastikan khidmat kebombaan dan penyelamatan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Masyarakat perlu meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan bagi mengurangkan risiko kebakaran yang mengorbankan nyawa dan kerugian harta benda yang besar.

“Mengikut taksiran, jumlah harta yang diselamatkan oleh JBPM akibat kejadian kebakaran di seluruh negara tahun lepas ialah RM30 bilion manakala taksiran kerugian akibat kebakaran adalah RM4.4 bilion,” katanya. – BERNAMA

Tags: BombaSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid...

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd