• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cederakan Pemandu Bas: Pesara Diperintah Jalani Pemeriksaan Mental

oleh Ahmad Albab
10/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang pesara kerajaan yang didakwa mencederakan pemandu bas di Simpang Pulai pada 19 April lalu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Hakim Indra Nehru Savandiah mengeluarkan perintah itu terhadap Mohd Sani Baharuddin, 61, selepas didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah ke atas S.Samydore, 60, di tepi jalan hadapan kedai di Taman Chandan Desa, Simpang Pulai di sini, kira-kira pukul 7.50 pagi.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Indra Nehru memerintahkan bekas juruteknik Jabatan Kerja Raya itu menjalani pemeriksaan kesihatan mental selama sebulan di hospital itu mulai hari ini, mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguambela Muhammad Farhan Ahmad supaya anak guamnya dirujuk ke hospital itu kerana mempunyai masalah mental dan penyakit sawan.

Terdahulu, Mohd Sani mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

Mahkamah menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mengetahui laporan perubatan kesihatan tertuduh. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, seorang wanita ejen insurans didakwa dengan sengaja mengucapkan kata-kata menghina Nabi Muhammad SAW yang dapat didengar oleh Mohamad Halim Buyong, 43, untuk melukakan perasaan keagamaan orang berkenaan.

Tham Yut Mooi, 45, melakukan kesalahan itu di Masjid Abu Ubaidah, Taman Perpaduan, Tambun di sini, pada pukul 5.30 petang, 4 Mei lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh menundukkan kepala tanda faham dan tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Nurul Asyifa memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk menjalani pemeriksaan dalam tempoh sebulan selepas Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab memohon pemeriksaan mental dijalankan.

Fadhli berkata doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun telah menjalankan pemeriksaan ke atas tertuduh dan meminta supaya wanita itu dihantar ke hospital berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan mental perlu dijalankan bagi menentukan sama ada tertuduh layak atau tidak membuat pengakuan dan sama ada tertuduh waras atau tidak ketika melakukan kesalahan itu,” katanya.

Mahkamah menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes. Tham diwakili peguam Chiang Woei Chien. – BERNAMA

Tags: Pesakit MentalPesara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Rugi RM3.07 Juta Diperdaya Pelaburan Tak Wujud

Pesara Rugi RM3.07 Juta Diperdaya Pelaburan Tak Wujud

27/10/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang pesara kerajaan hilang wang simpanannya selepas terpaksa menanggung kerugian RM3.07 juta akibat terpedaya dalam penipuan pelaburan tidak...

Angkara ‘Mazlinna’, Pesara Rugi RM76,740

Angkara ‘Mazlinna’, Pesara Rugi RM76,740

20/09/2025
0

Kuala Terengganu: Warga emas yang juga pesara swasta kerugian RM76,740 apabila terjerat dengan skim pelaburan tidak wujud. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd