• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harus Penggunaan Vaksin Bahan Terlarang Jika Tiada Pilihan

oleh Ahmad Albab
09/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BARU – Islam mengharuskan penggunaan vaksin walaupun ia mengandungi bahan terlarang jika tiada pilihan ubat-ubatan yang lebih baik, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata Islam menekankan penganutnya untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, dan suntikan vaksin merupakan satu daripada cabang yang dibenarkan untuk menjaga kesihatan.

“Vaksin ini memang diharuskan oleh Islam kerana ia merupakan satu daripada ‘al-Wiqoyah’ iaitu satu (kaedah) penjagaan (kesihatan) dalam Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Program Wacana Pendidikan Fatwa yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mazlan Abdullah di sini, Isnin.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebelum ini dilaporkan berkata kes dan wabak campak serta ruam meningkat di negara ini berikutan tentangan gerakan antivaksin yang menolak pemberian vaksin kerana khuatir ia mengandungi DNA khinzir.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata walaupun dakwaan mengatakan vaksin yang disuntik kepada kanak-kanak itu mengandungi barang terlarang, namun ia tetap diharuskan jika kerajaan tidak mempunyai pilihan lain.

“Andai kata benar dakwaan itu dan pihak kerajaan tidak ada pilihan maka ia (suntikan vaksin) dibenarkan. Ia dipanggil keadaan darurat.

“Saya nasihatkan umat Islam supaya mengambilnya (suntikan vaksin) sebab imunisasi ini kita sudah ambil sekian lama, dan bukannya perkara baharu. Maka ia tiada masalah,” katanya.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini sudah memutuskan hukum pemberian vaksin, sebagai satu usaha mengelakkan penyakit mudarat, adalah harus. – BERNAMA

Tags: mufti KelantanVaksin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

12/10/2022
0

KOTA BHARU - Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd