• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Tercampak Dari Kenderaan, 3 Lagi Cedera

oleh Ahmad Albab
09/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang wanita maut selepas tercampak keluar apabila kereta yang dipandu rakannya lelakinya terbabas dan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Telok Wanjah di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah ACP Mohd Rozi Jidin berkata dalam kemalangan kira-kira 12 malam itu, Lee Yen Theam, 24, dari Taman Rajawali Indah, Jalan Langgar di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya rakan lelaki wanita itu Jason Lee, 21, dan dua lagi Ng Ing Kun, 51, dan Koo Choo Kuey, 61, dalam sebuah lagi kereta itu mengalami kecederaan.

“Tiga mangsa yang mengalami kecederaan dilaporkan stabil, dengan Lee dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan dua lagi dirawat di sebuah hospital swasta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya siasatan awal polis mendapati kenderaan dipandu Lee dari arah Telok Wanjah menghala ke Tambang Badak, di sini hilang kawalan lalu melanggar besi pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta terbabit.

Mohd Rozi berkata mayat wanita itu dihantar ke HSB untuk bedah siasat.

Sementara itu, ibu Yen Theam yang hanya mahu dikenali sebagai Catherine, 48, berkata dia menerima panggilan daripada rakan lelaki anaknya yang memaklumkan mengenai kemalangan itu.

“Sebelum kejadian kami sempat makan malam bersama di sebuah restoran sebelum anak saya keluar bersama rakan lelakinya yang datang mengambil di rumah kira-kira pukul 10 malam.

“Anak saya beritahu yang mereka berdua mahu menonton wayang,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd