• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Infrastruktur Pendidikan Di Sarawak Akan Dinaik Taraf Seperti Dijanji

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan akan memastikan infrastruktur sekolah yang perlu dinaik taraf di Sarawak akan dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata pihak kementerian akan mengambil tindakan bagi setiap janji yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 ditunaikan.

“Sama ada (dijanjikan) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mahupun Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sendiri.

“Kita akan mengambil tindakan bagi setiap janji yang telah dibuat semasa kempen pilihan raya negeri itu untuk pastikan sistem pendidikan dan keperluan infrastruktur dapat dinaik taraf untuk sekolah-sekolah di sana,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Karate Terbuka Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 semalam yang menyaksikan BN memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Manifesto BN Sarawak bertemakan ‘Beri Peluang Kepada TeamAdenan #theAdenanWay’ yang menggariskan 15 fokus utama berpaksikan rakyat serta menjaga kepentingan negeri, antaranya memajukan pendidikan dan latihan teknikal.

Dalam pada itu, Kamalanathan menyifatkan kemenangan BN Sarawak menjadi tamparan hebat buat pembangkang yang selama ini hanya menabur pelbagai janji sedangkan tidak dikotakan.

“Bukan itu sahaja bahkan mereka (pembangkang) cuba memecahbelahkan rakyat Sarawak dengan isu yang tidak ada kena mengena dengan masa hadapan (rakyat Sarawak) dan kehidupan mereka.

“Sebaliknya BN lebih memberi penekanan kepada masa hadapan dan kehidupan harian rakyat Sarawak dan juga mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau juga berkata kesinambungan dan kerjasama yang ada antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah diberi pengiktirafan secukupnya oleh rakyat Sarawak melalui kemenangan besar pada pilihan raya negeri itu.

“Kejayaan BN memenangi 72 daripada 82 kerusi merupakan satu kejayaan yang begitu hebat sekali dan ini menunjukkan kepercayaan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang dapat bekerjasama dengan cukup baik dengan perdana menteri .

“Saya rakamkan penghargaan kepada semua pengundi di Sarawak kerana telah bijak membuat keputusan untuk masa hadapan dan syabas juga diucapkan kepada Tan Sri Adenan Satem yang telah berjaya mencapai kemenangan yang begitu mantap,” katanya. – BERNAMA

Tags: P.KamalanathanPendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd