• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Mohammad Khair-il Banyak Menyumbang Kepada Kerajaan, Rakyat & UMNO

oleh Ahmad Albab
08/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian ke rahmatullah Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebagai kehilangan seorang rakan seperjuangan yang banyak menyumbang kepada kerajaan, rakyat dan UMNO.

“Pengesahan yang saya terima semalam ialah pemergian Allahyarham Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad akibat nahas helikopter AS 350.

“Saya telah kehilangan seorang rakan seperjuangan dalam UMNO yang telah banyak menyumbang kepada kerajaan, rakyat dan parti kita UMNO,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau, hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau berada bersama keluarga Allahyarham semalam di Hospital Umum Sarawak dan telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar merupakan anggota Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan.

Wan Mohammad Khair-il Anuar merupakan antara enam yang terlibat dalam nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak petang Khamis lepas.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumi di Makam Diraja Kuala Kangsar, Bukit Chandan, hari ini. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakWan Mohammad Khair-il
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd