• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Di Vietnam Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
07/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Jenazah rakyat Malaysia yang ditemui mati dalam bilik hotel di Ho Chi Minh, Vietnam, Mohd Azhar Abdul Wahab, 33, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid At-Taufiq, Ayer Merah, di sini, Jumaat pada pukul 11 malam.

Terdahulu jenazah yang dibawa dengan sebuah van dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba di perkarangan Masjid At-Taufiq kira-kira pukul 10.40 malam.

Lebih 500 penduduk hadir menziarahi jenazah dan menunaikan sembahyang sunat jenazah yang diimamkan Pembantu Imam Masjid At-Taufiq, Saidin Darus.

Ibu mangsa, Rohani Ismail, 59, sempat menatap dan mencium wajah Allahyarham ketika keranda dibuka untuk memberi kesempatan kepadanya ketika jenazah hendak dibawa turun dari masjid ke tanah perkuburan.

Jenazah yang telah dimandikan dan dikafan oleh masyarakat Islam di Ho Chi Minh, dibawa pulang hasil bantuan Konsulat Malaysia di Vietnam, pihak berkuasa negara itu, Kementerian Luar dan anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Jenazah dibawa pulang dengan penerbangan MH0751 dari Ho Chi Minh dan tiba di KLIA Kuala Lumpur pukul 2 petang tadi.

Allahyarham yang merupakan vokalis kumpulan Svatantrata yang aktif di sekitar daerah ini, ditemui mati dengan kesan tetakan di sebuah hotel di Ho Chi Minh pada 27 April lalu. – BERNAMA

Tags: jenazahkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd