• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada Keluarga Noriah

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak semalam.

“Saya dan isteri mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Noriah Kasnon.

“Diharapkan, mereka akan bersabar dalam saat-saat kesedihan ini,” katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong turut menghulurkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Noriah.

“Ingatan dan doa anggota Gerakan bersama-sama keluarga dan rakan mangsa yang masih hilang, pada waktu yang amat mencabar ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga meminta semua rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan dan kepulangan dengan selamat individu lain yang berada dalam pesawat malang itu.

Selain Noriah, turut berada di dalam helikopter itu adalah suaminya Asmuni Abdullah, anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Turut bersama adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komo-diti Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Helikopter Eurocopter AS350 itu dalam perjalanan dari Betong ke Kuching apabila ia hilang daripada radar tiga minit selepas berlepas pada 4.12 petang.

Serpihan helikopter itu ditemui berhampiran Sungai Batang Lupar di Sebuyau kira-kira pukul 9 pagi tadi sebelum anggota penyelamat menemukan mayat Noriah di situ.

Noriah berada di Betong atas tugas rasmi kementerian. – BERNAMA

Tags: Noriah KasnonZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd