• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kira-Kira RM200,00 Lesap, 2 Mesin ATM Dipecah Di Ampang

oleh Ahmad Albab
06/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai kira-kira RM200,000 selepas memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar di Ampang awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, kumpulan itu dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecahkan mesin ATM milik dua bank berlainan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata suspek masuk ke premis berkenaan melalui tandas yang terletak berhampiran mesin itu.

“Mereka memecahkan dinding di dalam tandas berkenaan untuk masuk ke pasar raya dan memecahkan dua mesin ATM sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata polis percaya kejadian itu dilakukan lebih daripada dua orang suspek.

“Kami akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya ini untuk memburu kesemua suspek,” katanya.

Hamzah berkata kes berkenaaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun serta denda. – BERNAMA

Tags: mesin ATMrompakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Semua bank di Malaysia akan memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank menerusi Mesin Juruwang Automatik...

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

04/05/2024
0

PARIS : Kumpulan bersenjata di Gaza, merompak Bank of Palestine kira-kira 70 juta Shekal (RM89 juta), lapor akhbar harian Perancis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd