PENYANYI rap Kanye West, dikatakan telah memecat pengawal peribadinya selepas lelaki itu berborak dengan isterinya, Kim Kardashian di luar bilik sebuah hotel di Waldirf Astoria, pada Isnin lalu.
Pengawal peribadi berkenaan, Steve Stanulis merupakan bekas pegawai polis di New York. Dia bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung pemecatannya itu.
Stanulis yang pernah menjadi penari ketika berusia 18 tahun, pernah menjadi pengawal peribadi kepada selebriti seperti Leonardo DiCaprio dan Cameron Diaz.
Dalam insiden berkenaan, Kanye, dilaporkan cemburu dan telah naik angin selepas melihat Stanulis berbual dengan isterinya itu, lalu terus memecat pengawal peribadinya tersebut.
Ini bukan kali pertama Kenya naik angin dengan Stanulis.
Sebelum ini dia dilaporkan berang apabila melihat Stanulis mesra dengan Kim ketika majlis minggu fesyen New York diadakan.
Kanye dan Kim berkahwin pada 2014 dan mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu North serta Saint. – Mynewshub.cc

