• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Jaga Kepentingan Islam, Tidak Ketepi Agama Lain – TPM

oleh Ahmad Albab
04/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak terbukti berjaya menjaga kepentingan Islam dan pada masa sama tidak mengetepikan agama lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menarik perhatian bahawa walaupun dengan kepelbagaian agama, orang Islam dan bukan Islam begitu saling menghormati di negeri ini.

“Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan sebelum ini Tun Abdul Taib Mahmud berjaya berikan kesyumulan kepada Islam tetapi masih menjaga bukan Islam, dan mereka bebas dengan agama mereka,” katanya ketika berucap pada tinjauan mesra di Masjid Al-Abiyad, Matang Jaya, Petra Jaya, di sini, malam ini.

Beliau menegaskan Islam perlu dilihat sebagai agama yang mengajak kepada kebaikan.

Beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan RM3 juta kepada masjid itu yang kini dalam pembinaan.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut berkata sebuah balai polis akan dibina bagi manfaat penduduk Matang Jaya.

Hadir sama calon Barisan National (BN) bagi kerusi Tupong, Fazzrudin Abd Rahman.

Terdahulu, Ahmad Zahid menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Al-Muhajirin, kira-kira satu kilometer dari Masjid Al-Abiyad. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd