• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat Messi Terpaksa Lari Dari Afghanistan, Bimbang Diculik

oleh Ahmad Albab
04/05/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Murtaza Ahmadi, pernah menjadi sensasi internet selepas gambarnya memakai kemeja -t bintang bola sepak Lionel Messi yang diperbuat daripada beg plastik, menjadi viral di seluruh dunia hinggakan Messi sendiri terharu.

Namun kini Murtaza terpaksa meninggalkan kampung halamannya di Afghanistan.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu menjadi sasaran penculik selepas dia menjadi terkenal.

Keluarganya juga mendakwa mereka sering menerima ugutan menerusi telefon.

Keadaan itu mengakibatkan mereka terpaksa berpindah ke Pakistan, dengan harapan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Hidup kami menjadi semakin sukar. Keluarga saya tidak mahu berpindah tetapi ancaman yang diterimanya menjadi semakin serius,” kata bapanya, Ahmadi.

Menurutnya, dia bimbang akan keselamatan Murtaza selepas kanak-kanak itu menjadi terkenal.

Keluarga itu telah berhijrah ke Islamabad namun disebabkan kos hidup yang tinggi, mereka terpaksa berpindah ke Quetta.

“Saya telah menjual semua harta saya dan membawa keluarga kami keluar dari Afghanistan demi menyelamatkan nyawa anak saya,” katanya.

Awal bulan lalu, Persekutuan Bola Sepak Afghanistan telah berjanji untuk mengatur pertemuan antara Mustaza dengan Messi,

Terdapat laporan sebelum ini bahawa Messi akan datang ke Afghanistan untuk bertemu dengan kanak-kanak berkenaan ataupun Mustaza akan diterbangkan ke Barcelona, di mana Messi bermain untuk kelabnya.

Tags: Lionel Messipeminat bola
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

13/12/2025
0

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat Oleh Mynewshub  KOLKATA, INDIA – Kemunculan legenda bola sepak dunia, Lionel...

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

24/12/2022
0

SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd