• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN-11 SARAWAK: Proses Pengundian Awal PRN Sarawak Lancar & Terkawal

oleh Ahmad Albab
03/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Proses pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) berjalan lancar dan terkawal dengan 62 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 2 petang ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata dalam tempoh dua jam pertama pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi, sebanyak 21 peratus telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Proses pengundian awal di 79 pusat mengundi di seluruh negeri itu melibatkan 24,604 pemilih terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing.

Sebanyak 33 pusat mengundi ditutup pada pukul 2 petang kerana faktor jumlah pengundi kecil dan selebihnya pada pukul 5 petang, katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian di Dewan Bukavu, Kem Penrissen, Batu 8, di sini.

Selain Kem Penrissen, Kem Muara Tuang dan ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Samarahan turut menjadi pusat pengundian awal untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan.

Mohd Hashim berkata cuaca yang baik pada sebelah pagi turut memudahkan urusan pengundi awal terdiri daripada 15,113 anggota tentera dan 9,491 anggota polis bersama pasangan menunaikan tanggungjawab mereka.

Sementara itu, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan General Datuk Mohd Zaki Mokhtar berkata beliau telah menggalakkan pegawai dan anggotanya turun awal untuk mengundi.

“Ini membolehkan kita mempunyai ruang dan masa untuk berusaha membawa mereka yang tidak sempat datang ke pusat mengundi,” katanya yang turut mengundi di Kem Muara Tuang di sini.

Menurut senarai SPR, DUN Stakan mempunyai jumlah pengundi awal paling banyak iaitu 7,055 orang, diikuti Bukit Sentosa (3,163), Nangka (3,043), Batu Kawah (1,241) dan Sri Aman (1,075).

Pengundian awal ini tidak melibatkan 418 pengundi awal untuk kerusi DUN Bukit Kota dan Bukit Sari yang telah dimenangi tanpa bertanding oleh Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon, 25 April lepas. – BERNAMA

Tags: PRN SarawakSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd