• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Hulu Langat Pada 10 Mei

oleh Ahmad Albab
03/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengguna di beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 10 Mei ini susulan kerja-kerja peralihan dan penggantian paip air.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan medianya memaklumkan kerja-kerja penggantian paip itu akan dijalankan dari 8 malam (10 Mei) sehingga 3 pagi (11 Mei) untuk menambah baik sistem agihan air di kawasan berkenaan.

“Segala usaha untuk menyiapkan kerja penggantian ini sedang dilakukan dan bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja itu siap,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sebanyak 19 kawasan di Hulu Langat terlibat termasuk Taman Industri Selesa Jaya Seri Kembangan, Taman Industri Balakong Jaya, Kawasan Perindustrian Balakong, Taman Impian Ehsan, Taman Sinaran, Taman Taming Ria, Kawasan Perniagaan Desaria Seri Kembangan dan Taman Setia Balakong.

Taman Impian Indah, Taman Juara Jaya, Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing, Taman Harmoni Indah, Taman Desa Karunmas, Taman Putra Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya 1 dan 2 dan Taman Bukit Emas.

Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air yang mencukupi semasa tempoh gangguan bekalan air sementara ini, kata kenyataan itu.

SYABAS akan menyediakan penghantaran bekalan air kecemasan ke hospital, pusat dialisis dan premis pengguna kurang upaya bagi mengurangkan kesulitan.

Pengguna juga akan diberi notis awal menerusi aplikasi WhatsApp, Twitter dan Facebook Puspel, dan di laman web di www.syabas.com.my serta aplikasi ‘mySyabas’. – BERNAMA

Tags: bekalan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd