• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Radiohead ‘Hilang’ Daripada Internet, Petanda Album Baru?

oleh AK-47
03/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN rock popular Britain, Radiohead dikatakan cuba ‘memadamkan’ diri daripada internet apabila akaun media sosial rasmi mereka telah dikosongkan sejak Isnin.

Tanpa penjelasan kepada media, semua status, gambar dan butiran di akaun Facebook serta Twitter berkaitan kumpulan itu telah dipadamkan, termasuk akaun peribadi milik vokalisnya, Thome Yorke.

radio333
Laman Facebook Radiohead.
TwitterRadiohead
Laman Twitter Radiohead.
ThomYorketwitter
Akaun Rasmi Thom Yorke.

Lantas perkara tersebut mencetuskan perbualan di kalangan peminat di mana ramai yang beranggapan ia sebagai ‘mesej’ menandakan kemunculan album terbaharu mereka.

Radiohead, bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang info mengenai album baharu, namun tidak menafikan bahawa mereka sedang ‘mengusahakan’ sesuatu di studio.

Album baharu itu, jika benar dilancarkan, bakal menjadi album kesembilan mereka selepas ‘The King of Limbs’ pada 2011.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Fake Plastic Trees itu memegang rekod jualan album lebih 30 juta unit sejak buah tangan pertama pada tahun 1993.

Dalam pada itu, beberapa peminat Radiohead di Britain dilaporkan telah menerima risalah misteri yang bertulis “Sing The Song Of Sixpence That Goes/ Burn The Witch/ We Know Where You Live”, bersama tulisan bercetak yang mempunyai kaitan dengan kumpulan itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Verge

Tags: BritainBritishRockUnited Kingdom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd