• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tolak Ansur Terhadap Penceroboh Hutan – Zambry

oleh Ahmad Albab
02/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Kerajaan negeri Perak tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan hutan sehingga menggugat alam sekitar di kawasan tadahan Empangan Bukit Merah.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan pihaknya tidak pernah mengabaikan sebarang laporan berkaitan isu pencerobohan itu, sebaliknya sentiasa membuat pemantauan rapi.

“Jangan kata kita tak buat apa-apa mengenai pencerobohan hutan itu kerana kita tidak lepas pandang,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan sawah padi di Gunung Semanggol dan Kolam Bukit Merah dekat sini, hari ini.

Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pencerobohan kawasan kira-kira 500 hektar rizab hutan simpan di Kolam Bukit Merah, yang dipercayai menjadi satu daripada punca takungan air di Empangan Bukit Merah terjejas.

Semalam, Anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali mendakwa pencerobohan kawasan rizab kolam berkenaan terutama di Kampung Selamat dan Hutan Simpan Pondok Tanjung dipercayai berlaku untuk kegiatan pertanian sejak beberapa tahun lepas.

Empangan Bukit Merah menjadi sumber air tanaman sawah padi seluas 23,000 hektar di daerah Kerian dan membekalkan air minuman kepada lebih 250,000 penduduk selain keperluan industri di Kamunting, Taiping. – BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd