• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Polis Pengiring Mahathir Tindakan Tepat – Nazri

oleh Ahmad Albab
02/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis ke atas mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan tindakan tepat.

Ia sepatutnya telah lama dilakukan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

Katanya selama ini Dr. Mahathir sendiri yang memilih untuk membahayakan dirinya dengan pergi ke pelbagai tempat bercakap dan berucap perkara yang mengguris hati pihak tertentu.

“Saya rasa tidak kena untuk kita berikan dia escort untuk dia ke tempat-tempat untuk menentang kerajaan yang memberikan dia kemudahan ini.

“Jadi saya kira keputusan ini sudah lama patut dilakukan tetapi kita harapkan dia akan sedar bahawa perbuatan itu sebenarnya bukan atas kepentingan negara.

“Tapi kalau dia terus juga saya rasa sudah sampai masa…kita tidak mahu bertanggungjawab terhadap beliau kalau beliau yang meletakkan dirinya sendiri dalam bahaya.

“Dari segi logik kenapa hendak bagi keistimewaan pada orang yang sebenarnya menentang kita balik.

“Kalau beliau pilih untuk hendak bertumbuk kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau bila-bila masa,” katanya ketika ditemui media pada Program Merakyatkan Seni Budaya: Nilai Murni Gotong-Royong di Sekolah Kebangsaan Buntal, Pantai Damai, di sini.

Sebuah portal berita tempatan melaporkan baru-baru ini bahawa polis tidak lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring ke atas Dr. Mahathir berkuatkuasa 28 April lalu.

Menyentuh isu lain, Nazri menafikan dakwaan pihak pembangkang kononnya menteri persekutuan datang ke Sarawak menjanjikan pelbagai peruntukan hanya sebagai sogokan kepada rakyat untuk meraih undi bagi BN.

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akan berlangsung pada 7 Mei.

“Tidak ada peraturan dalam Akta SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kita yang menghalang kerajaan untuk terus melakukan apa-apa tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Lagipun, katanya beliau bersama beberapa anggota jemaah menteri persekutuan yang lain tidak mempunyai kaitan atau bertanding dalam PRN-11 ini dan mereka hanya menjalankan tugas sebagai menteri persekutuan.

Nazri turut membidas kenyataan Naib Ketua UMNO Kota Raja, Hamidi Abu Bakar yang mendakwa tindakan beliau (Nazri) yang akan mengemukakan usul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir daripada UMNO sebagai membawa kepada ‘malapetaka’ terhadap parti.

“Dr. Mahathir pernah nasihatkan kita, sebagai seorang doktor perubatan beliau berkata jika mana-mana bahagian badan ada kanser, anda perlu memotongnya,” kata Nazri. – BERNAMA

Tags: Nazri Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd