• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: Aziz Calon Melayu DAP Ikrar Mahu Haram BN

oleh
01/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Mungkin akibat marah dengan tindakan kerajaan Sarawak menyekat kemasukan ramai tokoh hebat pembangkang ke negeri itu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, seorang calon DAP cuba menjadi jaguh.

Malangnya, tanpa disedari ucapan calon itu, Abdul Aziz Isa Maridon ketika berkempen menyerlahkan lagi sikap dirinya suka membalas dendam kepada musuh berbanding laungan retorik kononnya dia seorang yang cukup adil!

Perkara berlawanan tersebut sekali gus membuktikan calon Melayu DAP untuk kerusi Batu Kitang itu cakap berbelit hanya untuk meraih undi semasa berceramah di tepi Jalan Tun Jugah di sini lewat Sabtu malam.

Abdul Aziz Isa, 26, dengan angkuh berkata, dia akan mengharamkan langsung Barisan Nasional (BN) yang selama ini konon bersikap zalim menangkap pemimpin pembangkang yang tidak bersalah dihumban ke dalam penjara.

Timbul persoalan, sejak bila BN kini yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan di peringkat negeri, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pernah ‘menyumbat’ ramai tokoh pembangkang masuk jel.

Bagi yang celik sejarah, zaman ratusan pemimpin dan aktivis propembangkang dipenjarakan secara zalim hanya berlaku ketika era Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi beberapa operasi khas, dan paling diingati Ops Lalang.

Berselindung di sebalik Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dimansuhkan Najib apabila menjadi ketua kerajaan Malaysia, Mahathir dikutuk pembangkang kerana operasi itu sebagai mahazalim, firaun dan diktator.

Ketika itu semua media dikawalnya sehingga rakyat tiada ruang bersuara bebas. Apakah ini bermakna Abdul Aziz Isa dan DAP masih berdendam kepada Mahathir di sebalik boleh pula bekerjasama menerusi Deklarasi Rakyat?

Katakanlah memang betul anak muda Melayu DAP ini mengharamkan BN apabila pembangkang muncul berkuasa menubuhkan kerajaan Sarawak pasca PRN ke-11 ini, apa beza kezaliman Abdul Aziz Isa dengan gaya Mahathir?

Sepatutnya dia berasa amat malu kerana Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) setakat ini pun masih lagi boleh berlembut belum mengharamkan DAP susulan pemilihan jawatan parti itu tidak sah malah dipertikaikan.

Kepada Abdul Aziz Isa yang seronok sangat bermulut celupar sewaktu berkempen mewakili parti semenanjung itu, ingatlah pesanan terkenal Khalifah Umar al-Khattab kepada salah seorang gabenor wilayahnya yang berbunyi:

“Janganlah kamu berjanji yang bukan-bukan ketika sedang berasa terlalu gembira dan janganlah pula kamu menghukum yang bukan-bukan juga ketika sedang berasa amat marah.” – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Tags: #PRNSARAWAKPRNsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd