• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Jangka Tawan Lebih 70 Kerusi – Adenan

oleh Ahmad Albab
30/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tempoh kempen kini memasuki fasa pertengahan dan Barisan Nasional (BN) Sarawak menjangkakan dapat menawan lebih 70 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN), 7 Mei ini.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang juga Pengerusi BN Sarawak, berkata jangkaan itu berdasarkan kepada pemantauan beliau bahawa kebanyakan rakyat Sarawak yakin dengan BN.

“Daripada 82 kerusi, kita mungkin dapat lebih 70 kerusi, harap Tuhan makbulkan doa kita supaya ada kestabilan dalam negeri kita,” katanya ketika melancarkan Projek Tebingan Sematan dan Pemuliharaan Muara Sungai Sematan di Sematan, kira-kira 100km dari sini, hari ini.

PRN kali ini menyaksikan perebutan 82 kerusi DUN, termasuk tambahan 11 kerusi baharu. BN telah memenangi dua kerusi tanpa bertanding bagi kawasan Bukit Sari dan Bukit Kota.

Pada PRN 2011, BN menguasai 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Projek Tebingan Sematan bernilai RM8 juta dan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Sematan sebanyak RM6.96 juta, merupakan dua projek baharu dalam daerah Lundu di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

Skop Projek Tebingan Sematan merangkumi pembinaan struktur kawalan hakisan pantai, penambakan kawasan pantai, pembinaan dataran serta pengindahan landskap, manakala projek pemuliharaan membabitkan kerja-kerja mendalamkan kawasan di muara Sungai Sematan.

Majlis hari ini turut menyaksikan Adenan menyampaikan surat hak milik tanah kepada lebih 300 penduduk sekitar Sematan.

Ketua Kampung Telok Melano, Muhammad Pani, 52, yang ditemui selepas menerima surat hak milik tanah seluas 1.5 hektar itu, berkata beliau memohon mendapatkan tanah itu sejak dua tahun lepas selepas mendengar keprihatinan dan kesungguhan Adenan untuk membangunkan kawasan luar bandar.

Muhammad berkata kawasan tanah itu telah diusahakan dengan tanaman getah sejak beberapa tahun lepas, namun baru kini beliau mendapat surat hak milik tanah tersebut.

Beliau berkata di Kampung Melano sahaja, lebih 46 penduduk menerima surat hak milik tanah masing-masing hari ini.

Sehingga bulan lepas, sebanyak 152,977 surat hak milik tanah dikeluarkan, membabitkan kawasan seluas 288,453 hektar bagi tujuan pertanian seluruh Sarawak, dan daripada jumlah itu 29,765 hektar adalah di Bahagian Kuching.

Hari ini menyaksikan 184 penduduk dari Telok Melano dan Kampung Telok Serabang menerima surat hak milik tanah mereka dari Adenan, manakala 193 penduduk lagi adalah dari kawasan Sungai Siru Kecil.

Seorang lagi penerima Iskandar Arip, 56, berkata beliau berhasrat untuk beralih daripada menjadi nelayan kepada melakukan kerja-kerja pertanian selepas menerima surat hak milik tanah itu.

Katanya, beliau baru mengusahakan tanaman sawit di atas tanah seluas kira-kira 1.5 hektar sejak dua tahun lepas.

Iskandar bersyukur kerana perkara didengarnya mengenai keprihatinan Ketua Menteri baharu Sarawak terhadap kebajikan penduduk luar bandar, terbukti tepat apabila beliau hari ini mendapat surat hak milik tanah yang dipohonnya itu kira-kira dua tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kriminal, Kisah Menarik Di Sebalik Kes Jenayah Profil Tinggi Negara

Next Post

El Nino Tak Jejas Industri Pelancongan Kelantan

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

El Nino Tak Jejas Industri Pelancongan Kelantan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd