• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliza Kim Tinggalkan Arak Dan Glamour Demi Islam

oleh AK-47
29/04/2016
dalam Artis, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SETELAH menemui Islam, saya tinggalkan semua kehidupan masa lampau untuk taat pada Allah,” kata Aliza Kim.

Pengacara musim kedua Into Taqwa #PenghijrahanFenomena berusia 27 tahun ini, turut meninggalkan kerja modelling yang telah mengangkat namanya di United Kingdom.

Sekali pun pernah dikenali sebagai gadis Seventeen Magazine, Maxim, LIPS LUXE, Volume, Elle, Cleo, T3, Health & Beauty, Female, Hair 4 You 4 Me, Natural Beauty dan FHM, Aliza tidak keberatan meninggalkan dunia glamor demi mendekatkan diri pada Islam dan Allah.

“Malah saya tidak menyesal turut meninggalkan dunia lakonan,” katanya.

Aliza Kim lahir sebagai anak tunggal seorang paderi Katolik. Berdarah kacukan Siam Cina, sebagai anak tunggal dia sentiasa menikmati sokongan keluarga termasuk keputusannya memilih Islam sebagai jalan hidup menuju akhirat.

“Keluarga menyokong penuh dan bersikap positif,” katanya.

Aliza yang berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Colorado, Amerika Syarikat nekad melafazkan syahadah pada 2011.

Sebagai muslim, Aliza meninggalkan semua perkara yang menjadi kegemaran ketika masih hidup dalam dunia glamor.

“Saya tinggalkan arak kerana mabuk pun sudah tidak berguna lagi,” katanya berlucu.

Mengenai pengaruh yang menguatkan lagi pegangannya kepada Islam, Aliza memberi nama dua ulama tersohor.

“Saya kagum pada syarahan Mufti Menk dan Sheikh Omar Suleiman kerana konsep keprihatinan Islam terhadap masyarakat,” katanya.

Aliza kini menjadi sebahagian wajah TV Al Hijrah dalam destinasi #IslamIsFirstClass #SegalanyaBermulaDiSini yang bakal bersiaran di TV Al Hijrah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: model
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd