• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Pasar Tani Kekal Diminta Tidak Jual Hasil Pertanian Thailand

oleh Ahmad Albab
29/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Peniaga pasar tani kekal Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di negeri ini diminta untuk tidak menjual hasil pertanian yang dibawa masuk dari Thailand.

Pengerusinya Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata perkara itu perlu diambil perhatian dalam usaha membantu para petani tempatan menjana pendapatan melalui hasil pertanian yang diusahakan sendiri oleh mereka.

“Saya nasihatkan dan amat berharap supaya jangan ada yang menjual buah-buahan dari luar negara terutamanya dari Thailand, seharusnya kita menyokong dan mempromosi barangan tempatan dengan menjual hanya produk-produk dalam negara.

Saya juga menyeru agar lebih ramai petani tampil mendaftar dengan Ladang Kontrak FAMA kerana melalui konsep ini, hasil pertanian akan dipasarkan terus melalui FAMA tanpa melalui orang tengah,” katanya selepas melawat projek pasar tani kekal Simpang Empat di sini, hari ini.

Badruddin berkata tujuan kontrak pemasaran di bawah Program Ladang Kontrak itu diwujudkan adalah untuk menyediakan ruang pasaran yang terjamin kepada petani atau individu yang terlibat mengusahakan hasil pertanian.

“Walaupun petani tanam dua ekar, hasil tanaman boleh jual terus kepada FAMA dan FAMA akan ikut harga pasaran. Jika harga siling merudum, kita akan bagi harga lantai untuk tampung balik kos pengeluaran petani, jadi petani tak akan rugi,” katanya.

Projek tapak pasar tani kekal berkenaan yang mula dibangunkan pada awal Februari tahun ini akan siap lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan iaitu pada Ogos depan, katanya.

“Julai ini kita akan serahkan kepada FAMA Perlis untuk mulakan operasi di atas tanah seluas 0.32 hektar dan ini merupakan satu-satunya pasar tani kekal yang ada di Perlis.

Setakat ini sebanyak 70 peserta yang telah berdaftar dan pasar tani kekal yang mampu menempatkan sehingga 100 outlet usahawan setempat,” katanya.

Pasar tani kekal itu nanti akan beroperasi setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam di kawasan berbumbung, memberi tumpuan kepada produk segar dan berkualiti pada harga berpatutan, katanya. – BERNAMA

Tags: FAMApeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd