• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Tetap Mahu Debat Diteruskan

oleh Ahmad Albab
29/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tetap mahukan debat dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan diteruskan.

Lim berkata melalui debat itu, beliau akan menjawab semua isu berbangkit berhubung penjualan tanah Taman Manggis dan pembelian banglonya di Jalan Pinhorn di sini yang dikatakan di bawah harga pasaran.

“Dalam perbahasan kita boleh cerita semua,” katanya kepada pemberita selepas melawat Tech Dome Penang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini hari ini.

Debat isu tanah Taman Manggis antara Lim dan Abdul Rahman Dahlan yang sepatutnya disiar secara langsung di TV3 pada 19 April lalu, ditunda selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menasihatkan agar ia ditangguh kerana dikatakan boleh mengganggu siasatan kes itu.

Lim turut ditanya mengenai surat yang dikatakan daripada sebuah syarikat bertarikh 15 Nov 2013 kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang didakwa ditandatangani bekas pemilik banglo itu, Phang Li Koon untuk permintaan bagi cadangan (RFP) projek di Juru dan Batu Kawan.

“Semua satu fitnah,” katanya.

Sebelum ini, Phang menerusi akuan berkanun menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri dan menurutnya beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual pada harga RM2.8 juta, yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014. – BERNAMA

Tags: debatLim Guan EngRahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd