• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

200 Kes Termasuk Dua Kematian Berkait Cuaca Panas Dilaporkan

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan merekodkan 200 kes termasuk dua kematian berkait cuaca panas setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian terbaharu dilaporkan pada Selasa lepas melibatkan seorang pelatih Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) yang berusia 23 tahun.

“Mangsa meninggal dunia semasa menjalani latihan berkenaan di sebuah politeknik di Jitra, Kedah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Di samping itu, terdapat enam kes kejang haba dilaporkan melibatkan pelatih kursus yang sama dan kesemuanya dirawat sebagai pesakit luar.

Dr Noor Hisham berkata dalam satu kejadian lain pada hari yang sama, seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi di Pahang mengalami strok haba yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi, manakala lapan yang lain mengalami kelesuan haba akibat aktiviti luar dan terdedah dengan cuaca panas melampau.

Jelas beliau, sekumpulan pelajar ini dilaporkan sedang menyertai satu pertandingan ‘endurance’ peringkat kebangsaan yang menguji ketahanan fizikal mereka.

“Satu kes strok haba dan dua kes kelesuan haba mendapat rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, lima kes kelesuan haba dirujuk ke Hospital Jengka dan satu kes dirawat sebagai pesakit luar di klinik institut pengajian tinggi di Pahang,” katanya.

Kematian pertama akibat strok haba dilaporkan sebelum ini di Segamat, Johor pada bulan lepas melibatkan seorang pelatih konstabel lelaki polis, Azizan Ayon, 23.

Kes-kes berkenaan merupakan sebahagian daripada 200 kes berkaitan cuaca panas serta mendapat rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan iaitu 52 kes kejang haba, 126 kes kelesuan haba dan 22 kes strok haba.

Dr Noor Hisham menegaskan bahawa semua lapisan masyarakat perlu mengambil perhatian serius ekoran cuaca panas dan gelombang haba yang sedang melanda negara dengan menangguhkan atau mengehadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, marathon, memanjat gunung dan lain-lain aktiviti semasa berlaku gelombang haba hingga keadaan kembali reda.

“Sekiranya aktiviti luar tidak dapat dielakkan, maka dinasihatkan agar memendekkan tempoh aktiviti atau berehat pada tempoh panjang dan meminum banyak air pada setiap kali waktu rehat,” katanya.

Orang awam juga boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan dan maklumat mengenai penjagaan kesihatan berkaitan cuaca panas menerusi laman sesawang KKM, www.infosihat.gov.my atau www.moh.gov.my (info kesihatan). – BERNAMA

Tags: cuaca panas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd