• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lagi Murid Tahun Satu Dipatuk Ular Di Pasir Gudang

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan mengesahkan seorang lagi murid menjadi mangsa patukan ular ketika berada di tandas Sekolah Kebangsaan Kota Masai, dekat Pasir Gudang semalam.

Bagaimanapun, Muhammad Aryyan Nazhan Mohd Nasrul, 7, dilaporkan stabil setelah mendapat rawatan segera.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan yang memaklumkan perkara berkenaan berkata pada kira-kira 3 petang itu berlaku ketika mangsa yang mengikuti persekolahan sesi petang, sedang berada seorang diri di tandas tingkat tiga sekolah berkenaan.

Katanya, sebaik menyedari diri dipatuk di tapak tangan kiri, murid berkenaan terus memaklumkan kejadian kepada gurunya, yang kemudian bertindak menghantar mangsa ke sebuah klinik 1Malaysia sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail.

“Keadaannya sudah stabil kerana ular tersebut tidak berbisa dan pihak sekolah juga telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mencari ular berkenaan di kawasan tersebut.

“Kita mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana bertindak pantas dalam kejadian ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Tebrau di sini hari ini.

Kes patukan ular bukan lagi asing sejak kebelakangan ini. Ia berlaku di beberapa negeri hingga turut mengakibatkan kematian ke atas seorang murid tahun satu – Nuriey Nadhirah Roslan, 7, di Kota Bharu, Kelantan pada 19 April.

Kamalanathan berkata pihaknya telah meminta pihak sekolah agar mengurangkan aktiviti luar kelas bagi mengelakkan kes sama daripada berulang.

Mengenai lawatannya, beliau memberitahu kemajuan projek bagi pembinaan bangunan baru SJKT Ladang Tebrau di sini adalah pada 70 peratus dan dijangka beroperasi pada September ini.

Katanya, ia yang dibina dengan kos RM6.8 juta akan menempatkan seramai 302 murid selain enam bilik darjah dan beberapa bilik khas lain seperti pusat sumber. – BERNAMA

Tags: patuk ular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salman Khan Dipatuk Ular Tiga Kali

27/12/2021
0

NEW DELHI: Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman Khan, dipatuk ular dan terpaksa dirawat di...

Warga Emas Disangka Mati, Muncul Setelah 40 Tahun

01/01/2017
0

SEORANG wanita berusia 82 tahun yang dianggap sebagai mati selama lebih daripada 40 tahun 'bangkit' dari kubur dan muncul di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd