• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota URB Dilanggar Hingga Cedera

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) cedera di tangan dan kaki selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Ipoh-Cameron Highlands di Kampung Pergom, Simpang Pulai awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian antara pukul 2.30 hingga 3.30 pagi itu, dua anggota URB Balai Polis Ipoh yang menaiki motosikal berasingan cuba memeriksa sebuah kereta jenis Perodua Kancil di Greentown yang dilihat mencurigakan.

Beliau berkata namun pemandu kereta berkenaan bertindak menghimpit dengan keretanya seorang anggota tersebut sebelum melarikan diri menghala Jalan Ipoh-Cameron Highlands.

“Seorang lagi anggota bertindak mengejar suspek, namun beliau terjatuh akibat motosikalnya turut dihimpit dan dilanggar oleh pemandu berkenaan di jalan tersebut di Kampung Pergom, Simpang Pulai.

“Selepas terjatuh anggota berkenaan sempat melepaskan satu das tembakan kepada suspek namun suspek berjaya melarikan diri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Sambutan Ulang Tahun Ke-46 Kor Kadet Polis Peringkat Kontinjen Perak di sini hari ini.

Sum berkata polis turut menyiasat berhubung laporan yang dibuat seorang lelaki mengenai kereta Perodua Kancil miliknya yang di parkir di Greentown hilang kira-kira pukul 5 pagi tadi.

“Kita masih menyiasat sama ada pengadu adalah suspek yang melanggar dua orang anggota URB tersebut. Kita turut meneliti imej dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalanganURB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd