• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Plaza Rakyat Dijangka Dibangunkan Jun 2017 – Loga

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak 1997 dijangka mula dibangunkan pada Jun tahun depan, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Namun Loga berkata pihaknya harus menyelesaikan urusan tuntutan kepada semua pendeposit projek itu terlebih dahulu sebelum dapat membangunkan plaza berkenaan.

“Kita telah membuat iklan mengenai pemberian semula wang kepada pendeposit pada 15 April lepas dan mereka mempunyai masa sehingga 7 Mei ini. Selepas itu, baru kita boleh buat tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Projek Plaza Rakyat terbengkalai kira-kira 20 tahun disebabkan kemelesetan ekonomi negara berikutan krisis kewangan Asia 1997/1998 serta masalah kewangan yang dihadapi Plaza Rakyat Sdn Bhd (PRSB).

Susulan itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Syarikat Profit Consortium Sdn Bhd dilantik untuk membangunkan semula Plaza Rakyat dan memeterai perjanjian jual beli dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 30 Okt tahun lepas.

Loga berkata waris yang mewakili pendeposit yang telah meninggal dunia juga boleh tampil membuat tuntutan dengan syarat membawa Surat Perjanjian Jual Beli lot projek tersebut.

Beliau berkata pendeposit turut bebas memilih sama ada untuk mendapatkan tuntutan atau memiliki lot yang akan dibangunkan semula oleh pemaju baharu.

Sebelum ini dilaporkan, seramai 211 pendeposit projek itu boleh mendapat semula wang masing-masing selepas menyelesaikan urusan dengan peguam yang dilantik. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

Pemimpin Bersama Kesal Tindakan Kerajaan Perpaduan, Zaman Najib Pembangkang Boleh Guna Dewan Sekolah Cina

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pusat Bersama, Gue Teck mengecam Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana didakwa menyekat penggunaan...

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

22/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd