• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Mampu Laksana Banyak Lagi Inisiatif Jika Dapat Mandat Besar

oleh Ahmad Albab
28/04/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tan Sri Adenan Satem telah melaksanakan banyak inisiatif sebagai Ketua Menteri Sarawak dalam tempoh dua tahun lepas dan mampu melakukan lebih lagi jika diberi mandat besar memimpin negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata sejak memegang tampuk kepimpinan negeri ini pada Februari 2014, Adenan telah mengumumkan banyak dasar yang mesra rakyat dalam tempoh yang agak singkat.

“Tidak adil kalau dia (Adenan) diberi dua tahun sahaja. Rakyat mesti berikan dia lima tahun lagi (untuk terus melaksanakan banyak lagi inisiatif),” katanya ketika berucap pada program Sembang Santai di pekan Siburan, kira-kira 35km dari sini, hari ini.

Beliau berkata antara dasar yang telah dilaksanakan oleh Adenan dalam tempoh dua tahun ini, termasuklah pemansuhan tol jalan raya dan cukai tanah pertanian serta perumahan yang telah memberikan impak besar kepada rakyat.

“Saya dan Tok Nan (Adenan) telah membuat aku janji untuk membawa lebih banyak lagi pembangunan untuk Sarawak,” katanya.

Najib berkata perbalahan semakin ketara dalam kalangan parti menganggotai pakatan pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, seharusnya menjadi iktibar kepada rakyat untuk terus memilih Barisan Nasional (BN) memimpin Sarawak.

“Pada Januari lepas, DAP, PKR serta Amanah (Parti Amanah Negara) telah membuat aku janji untuk meletakkan satu calon sahaja (bagi setiap kawasan untuk menentang BN) tetapi hari ini, janji tinggal janji sahaja.

“Pembangkang sudah tidak bersatu hati sekarang dan bertembung sesama sendiri di enam kerusi. Mereka tidak ada kerjasama dan tidak mungkin dapat menubuhkan kerajaan yang stabil di Sarawak,” katanya.

Pada majlis itu, Najib sebagai Pengerusi BN turut mengisytiharkan sokongan penuhnya kepada pencalonan Datuk Dr Jerip Susil sebagai calon langsung BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong, yang sebelum ini dikenali sebagai DUN Bengoh.

Beliau berkata pencalonan Dr Jerip, berketurunan Bidayuh yang merupakan antara kumpulan minoriti di Malaysia, membuktikan BN mengamalkan prinsip inklusif untuk memberi peluang kepada semua kaum mengambil bahagian dalam pentadbiran negara. – BERNAMA

Tags: #PRNSARAWAKAdenan SatemNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Gesa Syarikat Penerbangan Turunkan Segera Tambang

27/11/2021
0

Semua syarikat penerbangan di negara ini perlu segera menurunkan harga tambang penerbangan tanpa perlu melibatkan campur tangan kerajaan secara berlebihan,...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd