• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas Dijangka Kembali Normal Menjelang Akhir Mei

oleh Ahmad Albab
27/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cuaca panas akibat fenomena El-Nino yang melanda negara ketika ini dijangka kembali normal menjelang akhir bulan depan, kata Pegawai Meteorologi, Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim.

Beliau berkata ia susulan keadaan cuaca lembap dengan hujan dan ribut petir yang berlaku pada sebelah petang di kebanyakan kawasan yang dijangka mengurangkan kesan suhu panas secara beransur-ansur.

“Keadaan ini (cuaca lembap) melibatkan beberapa kawasan termasuk pantai barat Semenanjung, bahagian barat dan tengah Sarawak serta beberapa bahagian di Sabah.

“Ini berikutan negara sedang mengalami fasa peralihan monsun di mana angin lazim biasanya lemah dan membawa hujan berserta ribut petir pada lewat petang serta kadang kala berlarutan hingga ke awal malam terutama di kawasan pantai barat Semenanjung,” katanya kepada Bernama.

El-Nino terjadi apabila suhu paras air di kawasan tengah dan timur tropika Lautan Pasifik jauh meningkat daripada suhu purata dan menyebabkan berlaku perubahan dari segi peredaran udara.

Fenomena yang berlarutan sejak Februari lalu turut mengakibatkan beberapa negeri mengalami masalah bekalan air kerana kadar tadahan air di beberapa empangan utama berkurangan.

Bagaimanapun Khairul Najib berkata status gelombang haba bagi Semenanjung setakat semalam menunjukkan suhu yang agak tinggi di kawasan utara dan tengah serta kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Suhu maksimum antara 35 hingga 37 darjah Celsius dilaporkan berlaku di beberapa kawasan termasuk Gua Musang di Kelantan, Jerantut di Pahang, Jempol di negeri Sembilan serta Mersing dan Segamat di Johor.

“Suhu di Sabah dan Sarawak masih berada di tahap normal kecuali di beberapa kawasan iaitu Kota Marudu, Tongod dan Beluran di Sabah dan Limbang di Sarawak,” katanya.

Sementara itu cuaca panas dan kering turut menyebabkan berlaku penyusutan air melibatkan beberapa empangan di Johor iaitu Sungai Lebam di Kota Tinggi, Congok di Mersing dan Sungai Layang Masai di Johor Baharu.

Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber dan Kejuruteraan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Khithob Ahmad pula berkata penurunan paras air adalah berpunca daripada cuaca panas yang berpanjangan di negeri itu.

“Hujan hanya berlaku di beberapa daerah di Johor namun jarang sekali berlaku di kawasan tadahan empangan.

“Sehubungan itu SPAN akan sentiasa membuat pemantauan dengan operator bekalan air di seluruh negara untuk memastikan bekalan air mencukupi. Kita juga akan berusaha mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah bekalan air ketika musim cuaca panas dan kering ini,” katanya.

Namun katanya, sekiranya berlaku masalah bekalan air tidak mencukupi, SPAN akan mengatur jadual bekalan air secara berkala kepada penduduk yang terlibat di kawasan berkenaan. – BERNAMA

Tags: cuaca panas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd