• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

730 Kes Mangsa Patukan Ular Sejak Januari – Subramaniam

oleh Ahmad Albab
27/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 730 kes mangsa dipatuk ular dengan satu kematian dilaporkan di seluruh negara dari Januari lepas sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata Kedah merekodkan jumlah tertinggi kes patukan ular iaitu 195 kes diikuti Perak (107 kes) dan Selangor (78 kes) manakala satu kematian berlaku di Kelantan.

Beliau berkata perlu dapatkan rawatan kecemasan dengan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan sekiranya terdapat mangsa yang disyaki dipatuk ular.

“Jangan buat apa-apa yang lain seperti potong luka, jangan cuba keluarkan air atau bisa atau darah dari tempat patukan. Juga tidak perlu ikat luka dengan kain.

“Pergerakan bahagian badan yang dipatuk ular perlu dikurangkan dan mangsa perlu ditenangkan. Segala keputusan mengenai memberi antivenom atau tidak akan dibuat oleh doktor,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dr Subramaniam juga memberi jaminan terdapat bekalan antivenom di 139 buah hospital kerajaan di negara ini dan sekiranya ubat penawar bisa ular itu kehabisan di sesebuah hospital, ia boleh dihantar ke hospital itu.

Katanya kebanyakan kes dipatuk ular di negara ini melibatkan ular tidak berbisa dan menurutnya doktor akan menentukan jenis antivenom yang akan diberikan dengan perlu mengetahui jenis ular yang patuk berdasarkan ciri-cirinya.

“Ini tidak bermaksud kita kena tangkap ular dan bawa ke hospital. Kalau pihak Bomba atau Perhilitan sudah tangkap ular itu, mereka boleh serahkan di hospital untuk bantu doktor,” katanya.

Menurut Dr Subramaniam, terdapat dua jenis antivenom iaitu yang spesifik terhadap satu jenis ular atau ‘mono-valent’ dan kombinasi beberapa jenis ular atau ‘poly-valent’.

Katanya susulan kes kematian pelajar Tahun Satu akibat dipatuk ular baru-baru ini di Kelantan, buat masa ini belum ada keperluan untuk antivenom dibekalkan di sekolah-sekolah kerana ia hanya boleh diberikan oleh doktor dalam keadaan terkawal.

“Antivenom tidak boleh diberikan oleh sesiapa kerana risikonya. Risiko antivenom adalah lebih besar berbanding patukan ular itu sendiri. Seseorang itu mungkin menerima tindak balas daripada antivenom kerana ia diperbuat daripada serum kuda. Apabila disuntik dengan serum haiwan, tubuh manusia akan bertindak balas dan kami perlu mempunyai kemudahan untuk memulihkan pesakit yang dirawat itu,” katanya.

Terdahulu, Dr Subramaniam menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Anestesiologi Akademi Perubatan Malaysia dan Kolej Anestesiologi Ireland berhubung peluang melanjutkan pengajian kepada doktor tempatan untuk mendapatkan kelayakan kepakaran pakar bius.

Katanya, setakat ini terdapat 487 pakar bius di negara, dan masih kekurangan kira-kira 200 tenaga dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan proses pembedahan serta pemulihan dan penjagaan rapi.

MoU itu ditandatangani oleh presiden kedua-dua kolej itu Dr Sushila Sivasubramaniam (Malaysia) dengan Dr Kevin Carson (Ireland). – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniampatuk ular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salman Khan Dipatuk Ular Tiga Kali

27/12/2021
0

NEW DELHI: Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman Khan, dipatuk ular dan terpaksa dirawat di...

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

03/05/2018
0

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd