• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pelajar Dipatuk Ular Minggu Lepas Di Negeri Sembilan

oleh Ahmad Albab
27/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengesahkan dua lagi pelajar dipatuk ular di perkarangan sekolah pada Sabtu dan Ahad lepas.

Pengarahnya Rusni Ab Jalil berkata mereka terdiri daripada seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Sungai Gadut, Seremban dan seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Dato’ Lela Maharaja, Rembau berusia 18 tahun.

“Pada Sabtu lepas, pelajar SDAR dipatuk ular semasa pulang dari surau ke asrama selepas solat Isyak. Warden telah membawanya ke hospital dan telah dirawat. Sehari kemudian, pelajar KV dipatuk selepas cuba menangkap ular di sebuah ladang berhampiran sekolah.

“Kedua-dua pelajar itu dilaporkan stabil selepas dirawat di hospital dan masing-masing sudah pulang ke rumah,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2016 di sini, semalam.

Sehubungan itu, Rusni mengesyorkan agar pihak sekolah menabur belerang di kawasan yang dikenal pasti berpotensi menjadi lokasi yang sasaran ular.

Dengan dua kes berkenaan, sehingga kini tiga kes pelajar dipatuk ular dilaporkan di negeri ini.

Kes pertama membabitkan seorang murid perempuan Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Chembong, Rembau, yang cedera dipatuk ular ketika kelas pendidikan jasmani di padang sekolahnya Rabu lepas. – BERNAMA

Tags: patuk ular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salman Khan Dipatuk Ular Tiga Kali

27/12/2021
0

NEW DELHI: Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman Khan, dipatuk ular dan terpaksa dirawat di...

Warga Emas Disangka Mati, Muncul Setelah 40 Tahun

01/01/2017
0

SEORANG wanita berusia 82 tahun yang dianggap sebagai mati selama lebih daripada 40 tahun 'bangkit' dari kubur dan muncul di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd