WALAUPUN sentiasa ditinggalkan suami, Syatilla Melvin tidak pernah merungut tuntutan kerja suaminya yang sibuk di set penggambaran tetapi lebih memahami kerana dia juga bekerja dalam industri yang sama.
Menurut Syatilla, Shaheizy Sam selalu memujuknya dan berjanji akan meluangkan lebih banyak masa bersamanya setelah menyelesaikan segala urusan kerja.
“Sam memang sibuk dengan penggambaran dan saya tidak pernah merungut. Walaupun sejak berkahwin kami sebenarnya masih belum dapat meluangkan masa bersama-sama”
“Sam selalu pujuk saya supaya sentiasa bersabar dan dia juga berjanji akan lebihkan masa untuk saya setelah habis shooting nanti”
Mengenai kerjayanya sebagai seorang pelakon, Syatilla mengakui bahawa Sam memintanya untuk memperlahankan kerjaya lakonanya supaya mereka dapat meluangkan lebih banyak masa bersama-sama.
“Jika tidak terlibat dengan sebarang penggambaran, saya akan berada di rumah. Sam juga meminta saya untuk slow down dsedikit supaya dapat meluangkan masa bersama. Tetapi kadang-kadang saya menerima tawaran lakonaan supaya tidak sunyi apabila ditinggalkan oleh Sam” katanya kepada portal Media Hiburan. -MYNEWSHUB.CC