• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Mudah Terpengaruh Cubaan Jatuhkan Parti

oleh Ahmad Albab
26/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta rakyat jangan mudah terpengaruh dengan cubaan beberapa individu yang cuba menjatuhkan UMNO melalui gerakan yang kononnya untuk mempertahankan parti dan negara.

Ahmad Bashah berkata gerakan yang turut disertai beberapa pemimpin UMNO itu dilihat mampu memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan pemimpin tertinggi dan anggota parti selain bimbang akan menjatuhkan parti itu sendiri.

“Saya minta rakyat jangan mudah terpengaruh dengan usul yang cuba dibawa melalui gerakan itu kerana tindakan berkenaan menunjukkan tiadanya semangat cinta dan sayangkan parti dalam anggota parti sendiri.

“Anggota UMNO yang sayangkan parti perlu bermuafakat dengan tidak memberi sokongan atau terlibat dalam program gerakan yang akan diadakan itu,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata demikian ketika mengulas program yang bakal dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Jitra pada Khamis ini.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata sekiranya ada anggota UMNO yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka boleh berundur daripada parti.

“Sekiranya ada timbul rasa tidak puas hati, mereka boleh tunggu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, bukannya menggunakan pendekatan seperti mengadakan gerakan yang bertujuan menjatuhkan parti,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Bashah yang mengadakan lawatan kerja di Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) berkata beberapa perubahan dari segi pentadbiran dan perkhidmatan akan dilaksanakan selain memindahkan jabatan yang ada di JAIK ke bangunan yang lain berikutan keadaan bangunan yang terlalu padat.

“Jabatan yang masih belum dikenal pasti itu dijangka dipindahkan ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Mergong selepas raya kerana kita ingin memastikan mereka bekerja dalam keadaan yang selesa bagi menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Turut hadir Pengarah JAIK Datuk Zahari Ismail dan Exco Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd