• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Jadikan Kes Culik Kempen Pilihan Raya

oleh Ahmad Albab
26/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta parti politik agar tidak memainkan kes penculikan di Sabah sebagai bahan kempen pilihan raya negeri Sarawak.

Beliau berkata ia bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah berbangkit malah merumitkan usaha menyelamat mangsa culik.

“Kita boleh faham perasaan yang dihadapi oleh ahli keluarga mereka yang berada dalam tahanan pihak penculik. Jangan gunakan isu ini untuk menyusahkan pihak kami (polis).

“Saya nasihatkan mana-mana parti politik agar jangan menyukarkan usaha kami dengan membawa keluarga mangsa ke atas pentas untuk berkempen bagi pihak mereka … tidak menyelesaikan masalah, malah merumitkan keadaan untuk selamatkan mangsa-mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan beberapa pemimpin parti politik yang berkempen dan memberi bantuan kewangan kepada keluarga mangsa culik untuk menebus anggota keluarga mereka yang diculik.

Khalid berkata parti politik berkenaan sepatutnya memberi penjelasan kepada keluarga mangsa bahawa pihak berkuasa telah mengambil semua langkah sewajarnya untuk membebaskan mangsa.

Mengenai kes berkenaan, beliau semalam memaklumkan bahawa pihaknya mendapat maklum balas positif dari pihak keselamatan Filipina mengenai usaha menyelamat empat rakyat Malaysia yang diculik lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, Sabah pada 1 April lalu. – BERNAMA

Tags: kes culikkhalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd