• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Tawaran Pakej Umrah Murah Di Bawah RM4,900

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan tidak menerima penawaran pakej umrah bernilai di bawah RM4,900 iaitu di bawah paras harga minimum yang ditetapkan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sehubungan itu, Mas Ermieyati berkata kesedaran pengguna adalah penting untuk menyemak maklumat terkini mengenai pakej umrah yang ditawarkan menerusi laman web kementerian berkenaan.

“Harga pakej minimum yang ditetapkan MKSU adalah RM4,900 untuk tempoh umrah 12 hari 10 malam. Ini untuk menyedarkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran pakej umrah yang murah. Kalau murah daripada itu, tidak boleh,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini Isnin.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Yunus Kurus mengenai langkah menangani kes penipuan umrah dan khidmat upah badal haji kebelakangan ini yang menimbulkan kekeliruan.

Menurut Mas Ermieyati, bukan sahaja masyarakat luar bandar yang terpedaya dengan tawaran pakej umrah murah malahan golongan profesional juga tidak terkecuali kerana ramai yang tertarik dengan harga murah yang ditawarkan.

Beliau berkata sebanyak 3,411 kes penipuan pakej umrah bernilai kira-kira RM18.6 juta dilaporkan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sejak 2012 hingga Mac tahun ini.

Sepanjang tahun ini pula setakat ini, sebanyak 210 kes penipuan umrah telah dilaporkan, katanya.

Mas Ermieyati berkata selain penetapan harga minimum umrah, MKSU yang ditubuhkan untuk mengekang dan mengawal kegiatan penipuan pakej umrah oleh individu atau ejen dan syarikat pelancongan turut memperkenalkan lesen khas umrah, kempen kesedaran dan meningkatkan aktiviti pemantauan serta penguatkuasaan.

Berhubung isu badal haji, beliau berkata buat masa ini ia tidak dikawal selia oleh mana-mana kementerian sebelum ini.

“Bagaimanapun, ia akan dimasukkan dalam bidang kerja MKSU untuk memantapkan lagi tugas pemantauan,” katanya. – BERNAMA

Tags: umrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd