• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Cadang Bina Empangan Untuk Atasi Krisis Bekalan Air

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah merancang untuk membina sebuah lagi empangan di Kampung Paya Serdang, Pendang bagi mengatasi masalah bekalan air di negeri itu, pada masa depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata projek yang dianggar bernilai RM650 juta itu, dijangka dapat mengatasi pelbagai masalah bekalan air akibat daripada pertambahan penduduk, kawasan perumahan baharu, keperluan sektor perindustrian dan pelancongan.

Beliau berkata proses rundingan dan perbincangan telah dilakukan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Kedah bersama kementerian bertanggungjawab, bagi memastikan projek pembinaan empangan yang dikenali sebagai Empangan Naok itu, diluluskan.

“Kita juga bercadang untuk menaik taraf satu lagi empangan iaitu Empangan Sari di Padang Terap dengan meningkatkan jumlah takungan air di empangan itu untuk menampung permintaan rakyat,” katanya pada sidang media selepas tamatnya Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Semasa persidangan DUN hari ini, Ahmad Yahya (PAS-Alor Mengkudu) mengusul agar dibincangkan mengenai masalah bekalan air di Kedah yang dikatakan semakin meruncing kini.

Ahmad Bashah berkata projek pembinaan terusan Jeniang Transfer sepanjang 23km yang akan bermula dalam tempoh terdekat ini, dijangka mampu mengurangkan pengaliran keluar air dari Empangan Beris terus ke Pulau Pinang, yang agak merugikan rakyat negeri ini.

Beliau berkata ketika ini berlaku pengaliran air yang begitu banyak ke Pulau Pinang yang tidak dapat diguna sepenuhnya oleh masyarakat tempatan untuk tujuan domestik, perindustrian dan pertanian.

Ahmad Bashah ketika menggulung usul berkenaan turut mencadangkan agar lombong pasir dijadikan kolam takungan bagi memastikan sumber air dapat terus dibekalkan kepada rakyat.

“Kalau kita tak lakukan perancangan untuk tambah empangan dan kolam takungan baharu menyebabkan akan berlaku krisis air yang serius pada masa depan,” katanya.

Kedah mempunyai lima empangan untuk kegunaan domestik, pertanian dan perindustrian iaitu Empangan Muda, Pedu, Ahning, Beris dan Malut.

Persidangan sehari itu akan bersambung pada satu tarikh lain. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipahempangan
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

Tanah Runtuh Besar Jejas Empangan Sipulak, Penduduk Diingatkan Sedia Hadapi Banjir Kilat

06/12/2025
0

SUMATERA – Satu kejadian tanah runtuh besar dilaporkan berlaku di kawasan tinggi berhampiran Empangan Hidroelektrik Sipulak, Kecamatan Pakkat, Sumatera Utara,...

Cuaca Panas: Paras Air Empangan Dipantau

16/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan terus memantau paras takungan air mentah di semua empangan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd