• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit Tibi Perlu Jalani Rawatan Sehingga Selesai, Elak Penularan Penyakit

oleh Ahmad Albab
25/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Pesakit yang didiagnos menghidapi penyakit tibi wajib menghabiskan jadual rawatan mengikut tempoh yang diberikan bagi mengelakkan penularan penyakit itu dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainudin Mohd Ali berkata ini kerana pembiakan bakteria dalam darah pesakit perlahan dan bakteria ini tidak akan mati melalui rawatan dalam tempoh hanya sebulan dua.

“Selain kita tekankan untuk membuat saringan awal, kita juga mahu pesakit tibi menghabiskan rawatan mereka mengikut jenis-jenis tibi yang dihidapi sama ada tibi paru-paru, kulit, tulang dan kelenjar.

“Mereka perlu teruskan rawatan tanpa putus… selalunya bila mereka rasa sihat selepas makan ubat tidak lagi batuk dan sebagainya, mereka mula hentikan rawatan dan tidak lagi mengambil ubat sedangkan tempoh rawatan sekurang-kurangnya enam bulan sehingga 18 bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Sembilan 2016, di sini Isnin.

Berdasarkan rekod, Malaysia mencatatkan jumlah kes tibi berdaftar sebanyak 24,220 kes pada tahun lepas dengan 667 kes direkodkan di Negeri Sembilan.

Zainudin berkata trend peningkatan kes tibi di Negeri Sembilan sejak 2011, perlu diberikan perhatian dan jika seseorang itu mengesan simptom-simptom awal antaranya batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, batuk berdarah dan kurang selera makan perlu tampil ke klinik kesihatan atau hospital bagi pemeriksaan kesihatan termasuk ujian saringan penyakit tibi.

“Dalam usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penyakit ini, kita jalankan kempen di peringkat sekolah lagi manakala bagi ujian saringan kita gandakan di setiap daerah termasuk x-ray yang mana ia juga kini boleh dilakukan di klinik swasta.

Tujuan kita gandakan ujian saringan sebab kita tidak mahu mereka yang ada penyakit ini masih berada dalam kalangan masyarakat tanpa sebarang rawatan. Selain itu, untuk semua kes kencing manis yang ada di klinik-klnik kesihatan kita saring mereka khususnya mereka yang berumur 40 ke atas kerana risiko lebih tinggi,” katanya.

Stigma negatif masyarakat terhadap pesakit tibi sehingga menyebabkan golongan ini tersisih harus diperbetulkan, katanya.

“Penyakit ini bukan seperti HIV, ia boleh dirawat dan pesakit boleh pulih sekiranya mendapat rawatan sewajarnya. Ada juga orang malu untuk tampil kerana beranggapan penyakit ini adalah penyakit orang miskin yang tinggal di setinggan dan sebagainya.

“Sedangkan hakikatnya ia menular melalui pernafasan dan mudah berjangkit jadi di kawasan bandar juga boleh kena,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Jempol Dr Ariza Zainudin berkata berdasarkan rekod, daripada 667 kes yang didaftarkan di Negeri Sembilan, 26 kes melibatkan pesakit berumur 17 tahun ke bawah.

“Daripada jumlah kes sebanyak 667 kes, daerah Jempol menyumbangkan sebanyak 13 peratus atau 87 kes. Jumlah kes dijangka meningkat jika masyarakat tidak ambil peduli tentang langkah pencegahan dan rawatan awal penyakit tibi,” katanya. – BERNAMA

Tags: pesakitTibi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

Penyakit Tibi Menular, 33 Kes Positif

Penyakit Tibi Menular, 33 Kes Positif

06/02/2026
0

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kluster Tuberkulosis atau tibi di Kota Tinggi pada 25 Januari lalu dengan 33...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd