• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vida Beauty Pertimbang Tarik Balik Penajaan Terhadap Kelantan

oleh Ahmad Albab
24/04/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Syarikat Vida Beauty akan menarik balik penajaan sekiranya prestasi skuad Kelantan masih terumbang-ambing.

Pengasasnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata khabar angin mengatakan syarikat itu akan menghentikan tajaan tidak mustahil berlaku jika skuad itu masih tidak menunjukkan peningkatan dalam saingan Liga Super ketika ini.

“Khabar angin itu tidak mustahil akan berlaku kerana saya seorang ahli perniagaan. Jika pasukan tidak ‘perform’ dan menyebabkan jualan saya jatuh macam mana saya nak bayar tajaan.

“Pasukan perlu kembali ke landasan sebenar bagi memberi keyakinan kepada semua pihak (yang menyokong Kelantan),” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya tentang khabar angin tersebut.

Pada 4 Mac lalu, Kelantan terkeluar daripada saingan Piala FA selepas tewas kepada Kedah menerusi penentuan sepakan penalti, yang berakhir dengan Kedah 5 Kelantan 4.

Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida sebelum ini dilaporkan sedia menaja dan membelanjakan RM20 juta bagi memastikan skuad Kelantan berada pada prestasi terbaik dalam tempoh dua musim, bermula musim ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa penyokong Kelantan supaya lebih profesional ketika memberikan sokongan kepada pasukan.

“Anda (penyokong) sekiranya sayangkan kepada pasukan, janganlah hanya sokong pasukan semasa berada di puncak, tapi sokonglah sepanjang masa.

“Jadilah seperti penyokong Eropah…walaupun pasukan mereka kalah atau menang mereka tetap menyokong pasukan mereka.

“Anda tidak perlu menyalahkan pasukan atau memboikot mana-mana individu,” katanya.

Kelantan melonjak ke tangga kelima carta Liga Super dengan kemenangan 3-0 ke atas Terengganu dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.

Tiga gol pasukan pasukan tuan rumah itu dijaringkan Wan Zack Haikal Wan Md Noor pada minit ke-12, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (62′) dan Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (88′). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Vida
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd