• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Terengganu Enggan Ulas Penarikan Balik ‘Datuk Seri’

oleh Ahmad Albab
24/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini enggan mengulas spekulasi berhubung penarikan balik darjah kebesaran termasuk ‘Datuk Seri’ oleh pihak istana.

Desas desus perkara itu menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

Malah tiga majlis yang dihadiri Ahmad Razif semalam dan hari ini pula hanya menyebut beliau sebagai Menteri Besar tanpa menyebut nama atau gelarannya.

Pihak media bagaimanapun tidak menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung penarikan balik darjah kebesaran itu.

Ahmad Razif ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di sebuah hotel di sini hari ini hanya mengucapkan ‘terima kasih’ sebelum menaiki kenderaan rasminya.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan berangkat ke majlis hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 serta Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.

Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika diminta mengulas spekulasi itu meminta semua pihak bertenang dan tidak beremosi mengenai perkembangan terbaru di Terengganu.

Naib Presiden UMNO itu berkata perkara itu masih belum jelas, namun beliau yakin isu itu dapat diselesaikan.

“Sebagai mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Terengganu, ini bukan perkara yang tidak pernah kita lalui.

“Yang penting sekarang ialah untuk kita pastikan bahawa apa dia perkara yang boleh memecah-belahkan kita, kita kurangkan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Latihan Khidmat Negara 2.0 di Esplanade, KLCC di sini hari ini.

Hishammuddin berkata fokus terhadap isu itu kini adalah untuk memastikan kepentingan negeri dan badan perhubungan UMNO negeri melebihi daripada kepentingan individu.

Katanya, jika kepentingan negeri dan parti diletakkan mengatasi kepentingan individu seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, perkembangan di Terengganu kali ini bulanlah satu perkara yang membimbangkan. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bengang Anak Tak Jadi Ketua Pengawas, Ibu Lapor Kementerian

Next Post

ACP Mohd Rozi Dilantik Ketua Polis Daerah Kota Setar

Related Posts

Kerajaan BN Terengganu Yang Tunaikan Janji

07/05/2018
0

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap janji yang dibuat dan bukan sekadar omong...

‘Sea Felda’ Manfaat 2,000 Penduduk Kuala Nerus

06/05/2018
0

KUALA NERUS - Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) atau "Sea Felda", sebuah kawasan pembangunan bersepadu khusus untuk golongan nelayan di...

Next Post

ACP Mohd Rozi Dilantik Ketua Polis Daerah Kota Setar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd