• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurujual Lelaki Dicabul Pak Guard Tempat Parkir

oleh AK-47
24/04/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG jurujual lelaki mendakwa dicabul seorang pengawal keselamatan lelaki di tempat parkir di sebuah stesen bas di Seremban, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, kejadian dipercayai berlaku jam 2.30 pagi ketika mangsa yang berusia 20 tahun sedang menunggu bas untuk pulang ke Melaka.

“Mangsa dikatakan telah bertemu dengan suspek berusia 31 tahun yang merupakan pengawal keselamatan di situ untuk bertanyakan suis bagi mengecas telefon bimbitnya.

“Berdasarkan laporan mangsa, mereka pada awalnya hanya berbual dan suspek telah memberitahu yang dia mempunyai kepakaran mengurut badan,” katanya.

Memetik Sinar Harian, suspek kemudiannya menawarkan untuk mengurut badan mangsa selepas mangsa memberitahu dia mengalami masalah sakit belakang.

Mangsa yang tidak selesa apabila disuruh untuk membuka baju kemudiannya telah dipaksa baring oleh suspek yang terus melakukan urutan sehingga bahagian kemaluan mangsa.

“Namun mangsa terus melarikan diri apabila suspek meminta untuk melakukan seks luar tabii dan mangsa membuat laporan polis,” kata Muhamad Zaki.

Susulan itu, suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: cabulJenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

07/11/2025
0

Seremban: Guru sekolah di Batu Kikir, Jempol, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang...

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

13/03/2025
0

TEMERLOH - Seorang lelaki mendakwa gersang kerana 13 tahun tidak bersama wanita akibat HIV positif ditahan pada Rabu selepas mencabul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd